ONEXOX
BannerFans.com

Dipukul Samseng Gara-Gara Beri Laluan

on Tuesday, May 13, 2014

MENERUSI Facebook Daily Traffic Report, satu salinan laporan polis mengenai perbuatan tiga orang samseng terhadap seorang pemandu teksi telah disiarkan.

Menurut pemandu teksi tersebut, kejadian berlaku ketika dia sedang berhenti untuk memberi laluan kepada sebuah kenderaan yang sedang keluar dari kawasan tempat letak kereta.

Bagaimanapun, sebuah kereta Mercedes putih yang berada di belakangnya bertindak membunyikan hon beberapa kali kerana mahu meneruskan perjalanan.

Tidak sabar, dua orang lelaki berbangsa India telah turun dari kenderaan itu dan terus membuka pintu teksi serta merampas kuncinya.

Seorang lagi lelaki kemudian menarik baju dan menumbuknya sehingga mengalami kecederaan di muka.

Mereka kemudiannya mengarahkan pemandu teksi itu supaya beredar dari situ.

Kejadian itu berlaku di kawasan Medan Batu Caves berdekatan dengan Kondominium Sri Gohtong.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Mercedes dengan nombor pendaftaran WAC 6655, diharap dapat tampil bagi membantu siasatan polis.



Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved