ONEXOX
BannerFans.com

Enggan luluskan pinjaman RM40 juta Bank Rakyat kepada Deepak, Hassan Malek pecat Sabaruddin Chik?

on Saturday, May 10, 2014

Laporan dari Free Malaysia Today menyebut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek dikatakan memecat Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik kerana enggan meluluskan pinjaman RM40 juta tanpa faedah selama 30 tahun kepada ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

Walaupun PM, Datuk Najib Razak sudah bersetuju menyambung perkhidmatan Sabaruddin di Bank Rakyat, tetapi Hassan telah ‘over rule’ keputusan PM tersebut, tulis Setiausaha Kerja BN parlimen Bandar Tun Razak dalam posting Faceboknya.

“Semangat saya hilang sejak diberitahu oleh seorang kawan saya yang kerja di Bank Rakyat akan kisah seorang peminjam yang mengaku ada hubungan rapat dengan Najib dan isterinya yang berhutang dengan Bank Rakyat diluluskan oleh menteri untuk dibayar hutang hampir RM40juta selama 30 tahun tanpa faedah.,”

Beliau konsisten, setiap penyalahgunakan kuasa harus dilawan dan ditentang, katanya.

“Tak kira dia dari Umno atau tidak,” tegasnya.

Deepak Jaikishan dikatakan kawan rapat Rosmah. Hassan Malek didakwa mengarahkan BanK Rakyat meluluskan permohonan Deepak tetapi semua ahli lembaga pengarah enggan berbuat demikian.

“Saya berharap mesyuarat kabinet dapat bincangkan kisah Deepak Jaikishan yang telah diluluskan oleh menteri yang menjaga Bank Rakyat hutang pinjamannya RM40juta dibayar tanpa faedah selama 30 tahun,” katanya lagi.

Zaharin bertanya masihkah ada hubungan yang akrab antara Najib dan Rosmah dengan lelaki penjual karpet.. setelah dimalukan dengan beberapa tohmahan dan memberi maklumat palsu kepada parti pembangkang?

Beliau juga meminta menteri yang ada sekarang jangan sombong dan angkuh.

“Belajar dari pengalaman Sabarauddin yang pernah jadi Setiausaha Agung Umno dan menteri yang dilantik jadi Pengerusi Bank Rakyat. Khabarnya Perdana Menteri pun sudah setuju disambung sepenggal lagi, bagaimana pun, itu kuasa menteri yang jaga bank itu, jika dia tak mahu sambung Perdana Menteri tak boleh berbuat apa-apa, tetapi tindakan itu sama saperti melawan arahan Perdana Menteri.

Zaharin juga menulis, rasa sudah tiba masanya Najib memikirkan individu yang dilantik menjadi Lembaga Pengarah termasuk Pengerusi, di agensi dan syarikat kerajaan seorang yang berpengalaman dan profesional.

“Lantik seorang satu sahajalah. Jangan jadi macam Tun Ahmad Sarji di Perbadanan Nasional Berhad (PNB), semua anak syarikat PNB  beliau jadi Pengerusi.. pendapatan dan elaun semua syarikat dia ambil,” dakwanya.

Katanya lagi, yang lucunya semua kereta untuk Pengerusi anak-anak syarikat PNB pun dia guna.

“Macam mana agaknya dia pakai kereta sampai banyak itu dan elaun ratus ribu sebulan itu. Dia makan emas ker? “ soalnya.



Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Manja Lara said...

Bengong ko apo nih. Sok kok pinjaman tak bebaya peg bank jugak yg kono salahkan sbb luluskan pinjaman pd org tak spttnya. Dah dibuek undang2 di suruh eh langga pulak. Kan bangang namo eh tu..


May 10, 2014 at 4:02 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved