ONEXOX
BannerFans.com

Gangguan Bekalan Air Di Seremban Selasa Ini

on Friday, May 2, 2014

SEREMBAN: Sebahagian kawasan di Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai pukul 8 pagi, Selasa ini, berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Terip dan pengalihan paip.

Penolong Pengurus Unit Komunikasi Korporat, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Norzita Ismail, berkata kawasan terbabit ialah seluruh bandar Seremban, Seremban 2, Temiang, Templer, kawasan industri ringan Templer, Lobak.



Jalan Rasah, Mambau, Hospital Tuanku Jaafar, hospital pakar KPJ, hospital Columbia, Hospital Mawar, Hospital Bersalin Cina Templer, Jalan Kuala Sawah hingga Taman Angsa Mas, Jalan Labu, Taman Desa Rhu.

Taman Warisan Puteri, seluruh kawasan Ampangan, Paroi, seluruh kawasan Senawang, seluruh kawasan Rahang, seluruh kawasan Rasah Jaya, kawasan industri Sungai Gadut, Taman Tuanku Jaafar, Taman Seremban Selatan dan Taman Seremban Jaya.

Katanya, bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat mulai 8 pagi hari berikutanya.

Pelanggan yang memerlukan bantuan bekalan air boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved