ONEXOX
BannerFans.com

Hoorayyy! Panda RM25juta dah sampai Malaysia, syukurrrrr

on Tuesday, May 20, 2014

SEPANG: Pasangan panda gergasi dari China, Feng Yi dan Fu Wa, simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, tiba di sini pada Rabu bagi memulakan kehidupan baharu di perantauan selama 10 tahun.

Pasangan panda gergasi itu tiba melalui Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 7.53 pagi dengan pesawat khas MASKargo Airbus 330-200 (MH6462) dari Chengdu, China.

Ketibaan dua ekor haiwan itu disambut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel dan Duta Besar China di Malaysia, Dr Huang Huikang.

Menjadi simbolik kepada sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara, pasangan panda itu dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara Malaysia bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia akan berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.

Pasangan panda yang diberi nama Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) itu dibawa ke Zoo Negara hari ini dan bakal dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas yang siap dibina.

Penghantaran pasangan panda itu pada mulanya dijadual pada 16 April lepas, tetapi ditangguh, berikutan kerajaan China mahu menumpukan usahanya untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.



Sumber






PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Mujur la x ada pape nge kargo bwk panda.kalu hilang gak kapal tuuu...habissss...sampai bila bila org malaysia x dpt nengok panda bear...clappp...clappp


May 21, 2014 at 7:22 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved