Ibarat lagu popular lagenda seniman tanahair, Allahyarham Tan Sri Sudirman Haji Arshad iaitu “Merisik khabar”. Di mana bait-bait lagu “terkapar-kapar ku kelemasan” cukup sesuai dengan situasi Proton hari ini. Terbaru….
Terbaru, Pengerusi Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil yang telah “berjaya” memiliki jenama nasional iaitu Proton melalui DRB Hicom Berhad ke atas syarikat Proton Holdings Bhd mula mengadu nasib mereka kepada umum melihatkan prestasi jualan model kereta Proton mereka:
Prestasi Jualan Proton
- Berharap dapat meningkatkan jumlah eksport dengan memberi tumpuan kepada pasaran utamanya, yang termasuk United Kingdom , Australia dan Mesir.
- Proton Holdings Bhd telah mengeksport model kereta mereka sejak 1986, yang terkini telah dijual di lebih daripada 25 buah negara.
- Malangnya, sumber perolehan daripada pasaran luar negara masih di bawah 5%
- Proton melancarkan model pertama, Proton Saga, pada tahun 1985, sebahagian besarnya hanya bergantung pada pasaran domestik.
- Pada tahun 2002, Proton telah berjaya menjual 214,985 kenderaan, iaitu 49,43% daripada jumlah jualan kenderaan di Malaysia.
- Malangnya buat Proton, apabila dek kerana rakyat Malaysia mula buka mata dan melihat pelbagai aspek termasuk aspek cukai kereta, perbandingan dengan kualiti & harga kereta import yang dibawa masuk ke Malaysia ditambah dengan persaingan daripada pembuat kereta asing, persepsi orang ramai, jumlah jualan kenderaan Proton telah menurun
- Pada tahun 2012, Proton hanya berjaya menjual 141,121 kenderaan yang menyumbang bahagian pasaran sebanyak 22.5% sahaja
- Pada tahun 2013, jualan terus menurun dengan jualan 138,730 unit (21.2% saiz pasaran di Malaysia)
Ini antara sebahagian kenyataan media Pengerusi Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil mengenai situasi Proton hari ini….
- Khamil berkata Proton sedang mencari jalan untuk mengembangkan dan menjimatkan kos.
- Ini termasuk penyeragaman alat ganti kereta.
- ” Ini akan memberikan skala ekonomi yang akan kos akhirnya lebih rendah. Keuntungan kami mengecut dengan kenaikan kos. Bagi SV Saga baru 1.3, keuntungan bersih adalah di bawah RM500 dan ia adalah mengejutkan.
RM500 untung bersih jual kereta? Lawak apakah ini Tan Sri? Fakta atau auta?
Pengerusi Proton“Kita mesti menghasilkan nilai bagi wang untuk kereta dan terus menambah ciri-ciri keselamatan. Teknologi terkini kami memberi tumpuan kepada keselamatan penumpang, seperti enjin drop-down apabila kesan daripada kemalangan. Ini mengurangkan peluang maut.
“Kami mempunyai jurutera dan pereka yang bekerja ke atas kereta Proton peringkat tinggi. Hari ini, kita mendengar lebih sedikit aduan mengenai kereta Proton, ” katanya pada majlis perasmian bilik pameran Lotus 4S di sini, baru-baru ini .
Khamil berkata Proton juga sedang semula kepentingan perniagaannya dengan pelancaran model-model baru untuk meningkatkan jualan dan keuntungan.
“Proton untuk semua orang. Ramai warga kota membeli kereta Proton kerana mereka percaya dalam produk dan teknologi. Tetapi masih, ada orang yang mengatakan kereta kita mahal kerana ia dihasilkan dalam negara. Ia agak mustahil untuk harga kereta yang lebih rendah dengan kenaikan kos menjalankan perniagaan.
“Lihat masyarakat Jepun dan bagaimana mereka menyokong pembuat kereta mereka. Contoh lain ialah Korea Selatan, yang menyokong pemain tempatan seperti Samsung dan Daewoo. Saya tidak faham mengapa rakyat Malaysia tidak menyokong Proton, “kata Khamil.
Bagi Berita Semasa sendiri Proton perlu sedar, permintaan pengguna semakin kompleks hari ini. Tidak mahu kereta sub-standard seperti di zaman tahun 80an dan 90an, banyak pilihan di kalangan jenama yang lebih baik hari ini. Mereka ada pilihan.
Proton Mengkhianati Kepercayaan Pengguna & Pembeli
Lagipun Proton bukan semua syarikat kebajikan untuk rakyat tolong dan bantu. Anda keluarkan produk yang bagus pada harga yang kompetitif, pastinya saiz pasaran model kereta anda akan melonjak semula. Kepada Tan Sri Mohd Khamil Jamil merangkap Pengerusi Proton :
- Orang KOREA beli motokar buatan KOREA bukan kerana PATRIOTIK.
- Ia kerana mutu atau kualitinya sama naik dengan yang diimport.
- Itu sebablah jenama motokar Korea boleh “bertahan” di pasaran luar yang kita ketahui cukup kejam terutamanya melibatkan syarikat motokar yang tidak memenuhi kehendak pengguna di luar sana.
Pada pemerhatian Berita Semasa, rakyat malaysia rasa dikhianati Proton apabila beli Proton Wira dan Gen2 contohnya. Proton ambil kesempatan terhadap sokongan rakyat tidak berbelah bagi kepada Proton semasa penjualan WIRA. Apabila sudah kecewa, susah untuk dapatkan kepercayaan balik. Dalam syarikat luar berlumba-lumba menghasilkan & menawarkan model terbaik mereka kepada pengguna.
Cara Meningkatkan Kembali Kepercayaan Model Kereta Proton?
Cadangan Berita Semasa terpulang kepada Proton untuk melaksanakannya atau tidak, turunkan harga tanpa mengabaikan aspek kualiti kepada pengguna. Inilah “harga yang perlu dibayar” oleh Proton bagi menebus kembali tindakan Proton sebelum ini jika benar-benar bercita-cita besar untuk meningkatkan saiz pasaran jualan kereta mereka di Malaysia pada masa akan datang. Bagi Berita Semasa kualiti produk Proton ada peningkatan tetapi dihimpit masalah kepercayaan daripada rekod buruk Proton sebelum ini.
- Soalan Tan Sri Mohd Khamil Jamil kepada rakyat Malaysia : “Kenapa rakyat Malaysia tidak mahu beli motokar keluaran PROTON”. Mengapa?
- Soalan Berita Semasa kepada Tan Sri Mohd Khamil Jamil : “Tan Sri Mohd Khamil Jamil…..kami tidak nampak pun model kereta kebangaan Proton di rumah Tan Sri di Kemensah. Hanya kelihatan model kereta Audi dan deretan kereta import yang lain. Mengapa Tan Sri? Di mana nilai model kereta Proton di garaj rumah Tan Sri?
P/S : Proton mengatakan sudah bersiap siaga dengan “globalization” & “free market”. Tetapi masih lagi mengeluarkan kenyataan seperti ini. Ermmmm…….Masih mengharapkan tongkat berterusan?
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 7 comments... read them below or add one }
Proton mahal hampir sama harga kereta import yg dicampur tax....cuba jual murah dah tentu2 org malaysia beli
May 1, 2014 at 4:16 AM
harga nk same mahal ngn kete import kualiti halarhhh....tersentuh iket da lengkuk byk baek beli kete import body pon keras...pe kemende la dlm negare pon nk jual mhl
May 1, 2014 at 4:21 AM
Da la mahal..kualiti xdak..bntuk pn x sberape..bek beli kete import..mahal sikit tp puas hati..stakat amek brand len tuka logo proton..bek gua beli ngn logo asal..
May 1, 2014 at 9:20 AM
Service center macam taik. Layan pelanggan mcm nak ajak bertumbuk. Workmanship fail. Technician fail. Spare part habis. Buang masa customer buat appointment.
May 1, 2014 at 7:15 PM
Ttup jer proton 2..,mahal sama dgn kereta import.....baik bli perodua...lbh bbaloi2
May 1, 2014 at 8:33 PM
Xde sapa beli proton? Kerana proton mengamalkan dasar beruk dihutan disusukan, anak dirumah kelaparan. Tutup sahaja proton kalau setakat buat kereta cukup2 makan.
May 2, 2014 at 4:55 AM
Tan sri khamil ni bongkak.arwah tan sri yahya terbaik..khamil ni yg melingkup drb- hicom n proton... ikhlas x staff drb
May 2, 2014 at 3:41 PM
Post a Comment