ONEXOX
BannerFans.com

Semakan Tuntutan Cuepacs Hari Pekerja 2014 : Kenaikan Elaun, Gaji, Pencen 1.5 Juta Kakitangan Awam! Respon Balas Anda?

on Thursday, May 1, 2014

Semakan Tuntutan Cuepacs Hari Pekerja 2014 : Kenaikan Elaun, Gaji, Pencen 1.5 Kakitangan Awam : Terbaru menjelangnya Sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 pada 2 Mei 2014 Hari Khamis ini, Presiden Cuepacs dan Datuk Seri Najib ada bertemu mengadakan perbincangan empat mata melibatkan nasib dan kepentingan 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia.



Semakan Tuntutan Cuepacs Hari Pekerja 2014


  1. Penambaikan beberapa elaun dan insentif penjawat awam termasuk elaun tetap perumahan, elaun perkhidmatan awam yang sudah lama tidak dikaji walaupun kos sara hidup melambung tinggi ketika ini
  2. Kadar hotel juga perlu dikaji semula kerana kadar hotel sudah banyak kali naik. Realiti hari ini, melibatkan urusan rasmi kakitangan awam terpaksa menanggung sendiri tambahan bayaran hotel.
  3. Kajian terhadap tuntutan perjalanan sedangkan harga petrol banyak kali naik
  4. Bayaran Cola (Elaun Sara Hidup) diselaraskan
  5. Laluan kerjaya hendaklah diubah, laluan kerjaya yang lebih luas harus dibuka kerana realitinya hari ini kerana semakin ramai pekerja awam berkelulusan tinggi yang memilih untuk memegang jawatan yang rendah. Dijangka 5 akan datang, 75 peratus jawatan sektor awam akan diisi mereka yang ada sekurang-kurangnya diploma.
  6. Kajian semula terhadap tempoh pengesahan seseorang penjawat awam yang kini antara satu hingga tiga tahun yang dilihat terlalu lama yang dipendekkan kepada hanya satu hingga enam bulan sahaja bagi mengelakkan kalangan kakitangan awam meminjam Along kerana tidak layak memohon pinjaman bank, dan membeli rumah
  7. Kajian terhadap perkhidmatan tertutup yang melibatkan 154 pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun yang termasuk 20 institusi pengajian tinggi awam.
  8. Kerajaan supaya menukar status kuarters kerajaan sebelum merdeka menjadi rumah sewa kerajaan dan dikenakan sewa pada kadar RM124 kerana ketika ini penjawat awam yang menduduki kuarters mereka hilang elaun rumah dan Cola pula diberi pada separuh kadarnya.
  9. Memberikan cuti antara 12 hingga 15 hari kepada penjawat awam untuk menunaikan umrah. “Dalam Perintah Am, setiap pekerja Islam, boleh ambil sekali cuti untuk menunaikan Haji. (Masalahnya) kalau daftar haji hari ini, mereka layak pergi pada 2075. Sebab itu Cuepacs cadangkan cuti untuk menunai umrah sebagai ganti cuti Haji. Sekiranya ada peluang penjawat awam menunai haji, kekurangan 12-15 hari itu boleh ditampung dengan cuti rehat
  10. Mengubah pengiraan ganjaran persaraan daripada 7.5% kepada 10.5%, jumlah pencen dinaikkan daripada 60% kepada 70 % atau daripada 360 bulan kepada 372 bulan. Apabila pencen nanti, penjawat awam dapat nilai pencen yang tinggi sedikit. Pencen minimum sekarang ialah RM820 yang di bawah garis kemiskinan tetapi ada kenaikan dua peratus setahun. Faedah persaraan sekarang juga kecil sangat, walaupun telah berkhidmat 40 tahun pun tak mampu nak beli sebuah rumah
  11. Membantu kumpulan penjawat awam yang gajinya di bawah RM3,000 kerana mereka kini berada dalam keadaan tertekan malah ada yang bergaji di bawah garis kemiskinan iaitu RM880.


Apa responbalas 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia senarai senarai semakan Semakan Tuntutan Cuepacs Hari Pekerja 2014 kali ini? Ada yang tertinggal & perlu ditambah? Yang mana satu menjadi keutamaan anda?

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 5 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Syukur penjawat awam ada kerja.
Nasib swasta pulak hidup sengsara bila sykt brmasalah. Gaji xseberapa. Hilang mata pencarian. Tiada sekuriti di masa tua.
--fikir2lah.
Dlm nikmat ada musibah.
Dlm musibah ada nikmat.


May 1, 2014 at 3:50 AM
Iswary said...

minta boleh, dapat belum tentu. kakitgn swasta jgn lah terlebih jeles. ini baru tuntutan bkn yg dah confirm dpt


May 1, 2014 at 7:28 AM
Unknown said...

Kalau ada rezeki nanti, ada lah..


May 1, 2014 at 10:07 AM
Anonymous said...

Ada juga saluran utk membuat tuntutan utk kakitgn awam , ,kakitgn swasta hanya mengharap belas ihsan kerajaan yg entah bila...


May 1, 2014 at 12:33 PM
Anonymous said...

Pada 2 Mei 2014 Khamis ini? 2 Mei Tu Jumaat..What The Fish!


May 1, 2014 at 6:28 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved