21 Mei 2014 -Tidak ada pusat bandar sebenarnya di Gugusan Felda Palong walaupun Felda Palong 4, 5 & 6 dikenali sebagai Pusat Bandar Felda Palong 4, 5 & 6. Tidak ada bank di Pusat Bandar Felda Palong 4, 5 & 6. Terdapat beberapa deretan kedai, pasar basah yang kecil, bengkel kenderaan, serta sebuah Pejabat POS Mini, Pondok Polis dan Klinik Kesihatan Felda Palong.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, Datuk Lilah Yassin berkata pembangunan di Felda Palong 4, 5 & 6 tidak teratur, tidak tersusun dan tidak ada sistem pemantauan yang baik.
“Saya mohon agar Kerajaan Negeri meletakkan pekan kecil atau pusat perniagaan di Felda Palong 4, 5 & 6, ini diletakkan di bawah Majlis Daerah Jempol (MDJ).
“Tetapi saya kesal dah setahun pun, masih tak boleh selesai masalah ini. Kerajaan Negeri masih tak boleh buat keputusan.
“Bukan susah sangat. Minggu ini Setiausaha Kerajaan Negeri minta fail dari Pegawai Daerah (MDJ), hari Rabu mesyuarat Exco, buat keputusan sama ada lulus, tolak atau tangguh.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
tetap sokong umno walaupun rasuah, umno best selamanya
May 21, 2014 at 2:39 AM
Post a Comment