ONEXOX
BannerFans.com

Kenaikan Tarif TNB Di Sebabkan Orang Yang Tolol Bangang Busuk Yang Malas Membaca.

on Saturday, May 17, 2014

Sejak semalam, media sosial menjadi riuh-rendah dengan isu kenaikan tarif eletrik. Kononnya Perdana Menteri mengumumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bakal menaikkan tarif eletrik kerana mengalami kerugian. Ini menimbulkan kemarahan dan kritikan keras pengguna media sosial.

Fakta sebenar ucapan PM semalam ialah menggesa kaki tangan TNB meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan seiring dengan kenaikan tarif elektrik pada Januari lalu.

Justeru kemarahan dan penghinaan terhadap Perdana Menteri, kerajaan dan TNB sejak semalam tidak lebih daripada tindakan orang malas membaca dan menyelidik tapi beranggapan mereka paling bijak mengulas.

Bacalah sebelum mengkritik dan membelasah orang lain. Apa salahnya ambil sedikit masa untuk menyelidik atau membaca isu sebenar agar tidak timbul fitnah di kalangan kita?

Sudah menjadi kesukaan dan satu kenikmatan kepada pengguna internet untuk “join the badwagon” membelasah kerajaan Barisan Nasional atas apa sahaja isu yang dicipta oleh pembangkang. Tindakan sebegini bukan sahaja boleh melemahkan kerajaan tetapi juga negara kerana kita setiap masa akan berhadapan isu kebolehpercayaan dan curiga sehinggakan apa yang dibuat dan diumumkan oleh kerajaan dilihat sebagai tidak baik atau menindas rakyat.

Apa yang berlaku dalam isu “kenaikan tarif TNB” semalam merupakan satu strategi “red herring” yang dicipta oleh kumpulan tertentu sebagai strategi politik untuk memburukkan kerajaan.

Mohd Najib menggesa TNB memperbaiki mutu perkhidmatan seiring dengan kenaikan tarif pada Januari lalu. Namun, para strategis politik pembangkang menggunakan isu kenaikan tarif elektrik dengan pengumuman keuntungan TNB untuk menuduh kerajaan sengaja menindas rakyat.

Faktanya kita telah berbahas isu kenaikan tarif ini pada awal Januari lagi mengenai mengapa TNB untung tapi masih perlukan naikkan tarif. Ini kerana kos pelaburan diperlukan sangat tinggi bagi memastikan pembekalan elektrik mencukupi dan tidak mengalami gangguan. TNB juga sebagai syarikat yang melabur berbilion ringgit setiap tahun tidak boleh untuk mencatatkan keuntungan yang terlalu rendah. Ia akan menyebabkan syarikat utuliti ini berada dalam tidak stabil dan sukar mendapat bon antarabangsa dan dalam negeri bagi menjalankan pelaburan infra yang memerlukan kos berbilion ringgit.

Namun yang lebih penting ialah kenyataan Perdana Menteri sangat bertentangan dengan apa yang diuar-uarkan oleh pengguna media sosial.

Sebaliknya kenyataan Perdana Menteri ini sepatutnya mendapat respon baik rakyat kerana beliau menggesa TNB meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Namun kerana kita semua mudah diumpan dengan “bangkai” makan jadilah kita seperti burung hering yang akan bertumpu kepada bangkai bukannya makanan yang baik.

Sikap pengguna media sosial yang lebih gemar keburukan dari kebaikan ini tidak ubah seperti burung hering yang sentiasa terbang mencari bangkai untuk makanannya. Kerana sifat dan naluri pengguna media sosial sudah seperti burung hering, maka senang sahaja strategi media “red herring” ini digunakan oleh aktivis media pakatan untuk menghasut rakyat.

Malangnya ada di kalangan penyokong Barisan Nasional pun mudah terpengaruh dengan dakyah seperti ini.




KUALA LUMPUR 16 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mutu perkhidmatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) khususnya dalam pembekalan tenaga elektrik kepada pengguna ditingkatkan dari semasa ke semasa, bersesuaian dengan kenaikan tarif elektrik sejak Januari lalu.

Malah Perdana Menteri melihat tiada maknanya tarif elektrik dinaikkan jika masih terdapat gangguan bekalan elektrik yang akhirnya akan mengakibatkan beliau selaku ketua kerajaan merasai bahang ‘kemarahan’ rakyat.

Oleh itu, katanya, TNB perlu komited terhadap enam bidang keberhasilan utama yang telah digariskan oleh syarikat milik kerajaan (GLC) berkenaan iaitu:

* Menambah baik hubungan dengan pihak kawal selia;

* Melangkaui kepuasan pelanggan;

* Mengurus kos dan operasi secara efisien;

* Meluaskan bisnes baharu;

* Mentransformasi organisasi;

* Memperkukuhkan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).

“Apabila naik tarif, saya sendiri yang menerima bahangnya sebagai ketua kerajaan. Sebabnya, tiada siapa suka tarif elektrik naik. Tetapi jika tidak naik, TNB akan mengalami kerugian. Kalau rugi, kita terpaksa menggunakan wang rakyat untuk subsidi TNB. Bukan nak bebankan rakyat tetapi realitinya kita tiada pilihan.

“Kalau ambil duit rakyat dan beri kepada TNB, kita tak boleh buat pembangunan untuk rakyat. Sebab itu kalau naikkan tarif, mesti ada justifikasinya. Jika tak, TNB akan jadi organisasi defisit, saham jatuh, gaji tak boleh naik. Dan demikian, warga kerja TNB mempunyai tugas menjamin bekalan elektrik yang terbaik. Apa guna menaikkan tarif kalau masih terdapat gangguan sana sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perhimpunan warga kerja TNB sempena Hari Pekerja 2014 di Kompleks Sukan TNB di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili dan timbalannya, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie.

Pada majlis itu, beliau melancarkan Pelan Transformasi 1TNB yang antara lain bermatlamat memperluaskan perkhidmatan TNB ke luar negara.

Najib dalam pada itu menerima kad keahlian 1TNB yang seterusnya menjadikan ‘keluarga’ besar TNB kini berjumlah 34,901 orang.

Beliau memberitahu, sebagai kerajaan, sudah pasti apa yang menjadi keutamaan adalah memastikan bekalan elektrik berada pada tahap terbaik bagi menambah keyakinan rakyat termasuk pelabur asing.

“Kepuasan kepada rakyat, sudah tentu (mendapat) bekalan elektrik kepada isi rumah pada setiap waktu, kepada industri, kalau putus bekalan elektrik ini akan menyebabkan ramai mengalami kerugian besar.

“Pelabur tak akan melabur jika bekalan elektrik tidak bagus. Pertumbuhan ekonomi akan terjejas. Nak kejar negara maju, mungkin tinggal impian jika tak pastikan asas iaitu bekalan elektrik yang terjamin. Kita mesti lakukan tambah baik,” kata Perdana Menteri.

Sementara itu beliau berkata, TNB mampu mencapai ke tahap lebih tinggi dan menjadi ‘juara’ di peringkat global jika komited terhadap pelan transformasinya.

“Jangan lupa integriti. Tiada makna kalau tiada integriti. Kita akan sentiasa memberi perhatian kepada apa yang perlu menjamin TNB menjadi organisasi yang dapat memenuhi cita-cita korporat, nak jadi pembekal elektrik utama, juara serantau dan juara di peringkat global,” tambahnya.







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Ya allah...apa nak jadi ni???....apa nak jadi ngan hidup kita ni


May 17, 2014 at 6:52 AM
Anonymous said...

Apa daa..


May 17, 2014 at 4:58 PM
Anonymous said...

Rakyat malaysia memanjang kuat melatah.


May 17, 2014 at 8:25 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved