Turut diminta bertanggungjawab adalah Ketua Pegawai Eksekutif MAS Aerospace Engineering (MAE), Azhari Mohd Dahlan dan Pengarah Sumber Manusia MAS, Zahrah Zaid, yang mula bertugas bersama syarikat itu pada awal tahun 2012.
Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja-Pekerja Penerbangan Malaysia (MASEU), Mohd Jabbarullah Abd Kadir, berkata bagi menyelesaikan isu ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu tampil bagi memastikan MAS dapat melakukan proses transformasi.
Katanya, adalah sesuatu yang pelik apabila bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Tengku Azmil Zaharuddin Raja Abdul Aziz, mampu mencatat keuntungan tetapi selepas Jauhari mengambil alih, sebaliknya pula yang berlaku.
“Idris menyertai MAS dalam keadaan syarikat mencatat kerugian RM1.3 bilion pada tahun 2005 selain harga minyak jet dunia yang tinggi, namun beliau dan Azmil masih mampu mencatat keuntungan RM136 juta pada 2006, RM851 juta (2007), RM244 juta (2008), RM490 juta (2009) dan RM237 juta pada 2010.
“Masalah bermula pada 2011 apabila syarikat kembali rugi sehingga tahun lalu dan keadaan bertambah buruk apabila MAS semalam (kelmarin) mengumumkan kerugian RM443 juta bagi tempoh suku pertama tahun ini,” katanya pada sidang media Pejabat MASEU di sini, semalam.
Keadaan tambah buruk selepas wujud cadangan agar MAS menjual MAE yang dianggar bernilai RM7 bilion bagi membolehkan syarikat memberi lebih tumpuan kepada aktiviti perniagaan terasnya.
Moral kakitangan turun
Jabbarullah berkata, ketika ini moral kira-kira 19,500 kakitangan syarikat itu berada dalam keadaan paling rendah malah setiap hari ada kakitangan kabin meninggalkan MAS selepas berasakan masa hadapan mereka tidak lagi menentu.
“Malah, 30 jurutera yang baharu tamat latihan meletakkan jawatan baru-baru ini selepas bimbang dengan masa hadapan MAS yang dilihat tidak menentu selagi tidak berlaku perubahan dalam kepimpinan atasan.
“Saya berharap pengurusan kanan asal MAS diberi peluang menguruskan syarikat kerana mereka adalah individu paling layak, tindakan membawa individu bukan dari bidang penerbangan bakal merosakkan lagi syarikat,” katanya.
Sementara itu, usaha mendapatkan komen Jauhari gagal selepas beliau tidak menjawab panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS)
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment