ONEXOX
BannerFans.com

Menakjubkan - Bayi kembar berpegangan tangan ketika dilahirkan (3 Gambar)

on Monday, May 12, 2014

Seorang wanita dari Ohio, Amerika melahirkan bayi perempuan kembar pada hari Jumaat. Namun apa yang menarik ialah ketika dilahirkan, kedua-dua bayi tersebut berpegang tangan antara satu sama lain.

Ini merupakan satu peristiwa yang amat jarang berlaku dimana bayi tersebut turut berkongsi kantung amnion dan plasenta yang sama. Kelahiran sedemikian itu dipanggil monoamniotik  atau " mono mono " dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 10,000 kehamilan

Ibu kepada bayi yang diberi nama Jenna dan Jillian, Sarah Thistlethwaite berkata kelahiran ini amat istimewa kerana mereka dilahrikan pada Hari Ibu.

"Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi saya berada dalam keadaan baik, " katanya.

"Mereka sudah menjadi sahabat," Sarah memberitahu kepada media. "Saya tidak boleh percaya mereka memegang tangan. Itulah yang menakjubkan."





Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved