ONEXOX
BannerFans.com

Model Melayu Dove teman wanita Ramkarpal?

on Wednesday, May 21, 2014



Ramkarpal Singh, calon DAP PRK Bukit Gelugor dituduh gay kerana belum berkahwin pada usia 38 tahun.

Ia dicetuskan oleh Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Huan Cheng Guan yang menyuarakan perasaan ingin tahu terhadap gambar lelaki berotot yang dimuat naik ke Facebook Ramkarpal.

“Kenapa Ramkarpal memuat naik banyak gambar lelaki berotot di FB dia.

“Dia sudah 38 tahun dan belum berkahwin, kamu tak rasa ada yang tidak kena berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita semasa turun padang di Island Glades semalam.

Ramkarpal menafikan beliau seorang homoseksual dan berharap untuk segera mencari pasangan hidup.

Dia menyifatkan sindiran itu sebagai “tidak masuk akal” dan kesal terhadap lawannya yang menggunakan taktik sebegitu.

Sementara itu abang sulung Ramkarpal, Jagdeep Singh Deo dalam sidang media hari ini berkata mereka terkejut apabila wartawan bertanya soalan mengenai gay kepada adiknya itu.

“Namun, para wartawan, yang amat dihormati Karpal, gagal menjalankan tugas mereka secara bertanggungjawan dengan mempertimbangkan fakta mereka dengan sebaiknya, kata Jagdeep yang juga ADUN Datuk Keramat.

“Perasaan malu yang dialami oleh keluarga ini terjadi disebabkan episod malang ini, yang membuktikan mencemarkan nama baik Karpal, yang memandang mulia para wartawan.

“Anggota keluarga berharap, para wartawan lebih berhati-hati ketika cuba mendapatkan keuntungan dari laporan mereka,” katanya dipetik Free Malaysia Today.

Ramkarpal juga berseloroh sebelum ini dengan berkata selepas PRK Bukit Gelugor, Wanita DAP boleh membantu beliau mencari seorang wanita.

“Saya bujang. Mungkin, selepas (pilihan raya kecil) Bukit Gelugor, kempen saya seterusnya adalah untuk mencari wanita yang menyokong seorang lelaki,” katanya dalam majlis malam tadi.

Ramkarpal bukannya seorang gay kata satu sumber kepada FMT. Beliau ada teman wanita seorang model Melayu bernama Sarah  (gambar) yang sering muncul di televisyen dalam iklan Dove.

FMT tidak dapat menghubungi Ramkarpal untuk pengesahan.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved