ONEXOX
BannerFans.com

Penama Takaful / Insurans: Jangan Letak Nama Anak!

on Saturday, May 3, 2014

Ketika saya mula-mula menceburi kerjaya sebagai perunding takaful, dalam satu kursus yang saya hadiri, saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan;



”Kira-kira 80% suami  akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama,” kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.

Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram. Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum, terutama wanita. Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir mereka.

Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut.

Selepas beberapa tahun dan sehingga kini hampir sepuluh tahun saya berada di dalam industri ini, apabila diimbas sekali polisi rakan-rakan pelanggan saya sebelum, memang tidak dapat dinafikan kaum wanita akan cenderung untuk tidak meletakkan nama suami mereka sebagai penama takaful mereka.

Ya, kaum wanita yang sudah berkahwin lebih cenderung untuk meletakkan nama anak mereka sebagai penama berbanding lelaki.

Malah, sebenarnya perkara ini bukan saya berlaku di dalam memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), selalunya wanita meletakkan nama ibu bapa mereka.

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak mereka sebagai penama. Dalam kes KWSP pula, nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin. Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.

Isteri “Kurang” Percaya Kepada Suami?

Berdasarkan pengalaman saya berhadapan dengan pelanggan-pelanggan wanita, selalunya alasannya adalah kekhuatiran (baca: ketidakpercayaan) mereka terhadap suami mereka selepas mereka meninggal dunia nanti. Mereka khuatir suami mereka akan berkahwin lain menggunakan duit pampasan takaful mereka.

Kekhuatiran bertambah lagi apabila mereka membayangkan selepas itu suami dengan isteri barunya akan mengabaikan anak-anak kandung mereka. Juga membayangkan yang isteri baru suaminya akan bertindak tidak sewajarnya kepada anak-anak mereka.

Mereka membayangkan isteri baru suami mereka a.k.a ibu tiri anak-anak mereka laksana Rika Sumanto di dalam drama Bawang Merah Bawang Putih. Atau seperti watak Sofia di dalam Puteri Aurora Beradu suatu ketika dahulu.

Ya, satu kekhuatiran yang berasas.

Saya tidak nafikan, kekhuatiran kaum hawa tersebut ada asasnya. Demi kasih sayang ibu kepada anak, kadang-kadang mengatasi kasih sayang isteri kepada suami sendiri.

Apabila ditanya kepada isteri saya pun, begitulah juga perasaannya. Apabila ditanyakan kepada ibu saya pun begitulah halnya.

Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima

Majlis Fatwa KebangsaanNamun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Penama bukanlah pemegang hak tersebut.

Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi.

Fatwa tersebut berbunyi;


  1. Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.
  2. Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definisi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.
  3. Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.


Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.

Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid.

Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.

Pernah terjadi satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung balu berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka.

Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun. Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah. Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati.

Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan  dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.

Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.

Nota: Sekiranya tuan-puan masih mampu membaca tulisan ini, bermakna tuan-puan masih berpeluang untuk menukar nama penama tuan-puan sebelum tuan-puan pergi terlebih dahulu.

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 11 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Wujudlah konsep hibbah bg mengantikan penama atau wasi. Oleh itu wang pampasan akan terus diterima org yg dihibahkan.


May 3, 2014 at 9:25 PM
ee hariri mahmud said...

Dengan kaedah hibah, hak penerima lebih jelas tanpa perlu memfaraidkan bahagian tersebut. Walaubagaimanapun, adalah kurang sesuai meletakkan anak di bawah umur 18 tahun sebagai penerima hibah..wallahualam


May 4, 2014 at 1:08 AM
Anonymous said...

Harta si mati hukum wajib dibahagi secara Faroid sesuai ketentuan surah an nisa ayat 11,12 ,176 dan brp 2 ijtihad para ulamak contohnya imam Malik.


May 4, 2014 at 5:18 PM
Teratak haeida said...

info yang penting..terima kasih ;)


May 4, 2014 at 5:50 PM
Unknown said...

saya baru jer buat pewaris saya nama anak2 saya..skrg nie umur anak baru 7 tahun n 5 tahun...Apa yg saya harus lakukan....kena tukar semula ker?


May 4, 2014 at 6:10 PM
Ara said...

Susah nk ckp. Semua tahu majoriti ibu tidak mengabaikn anak2 setelah suami mati n lets be honest la lelaki pon tau hal ini, tetapi lelaki? Haha typical malay men, i' ve seen enought to confirm the fact anyway. Biasenye last2 anak2 tinggal la ngan nenek atau saudara mara. Kesian. Baik tulis name nenek kalo gini


May 4, 2014 at 9:39 PM
Anonymous said...

Anak saya semuanya berumur lebih 20 tahun saya nominate by percentage utk simpanan KWSP dan begitu juga utk insurance... suami juga dpt percentage.. :)


May 4, 2014 at 11:40 PM
Khairil Anuar Ramli said...

Barangkali perlu disyarahkan dengan lebih jelas oleh mereka yang ahli berkenaan konsep hibah dan faraid. Sekadar fahaman saya, faraid harta pusaka adalah mekanisme yang wujud sekiranya ada perselisihan. Tetapi tidak wajib mengagihkan pusaka berdasarkan faraid. Mungkin pemahaman saya ini tidak betul. Mohon dibetulkan.


May 5, 2014 at 12:06 AM
Anonymous said...

Salam.. kepada yang tak paham.. better call AmanahRaya..
tak de istilah harta beku.. AmanahRaya dah tadbir beribu kes melibatkan duit insurans/kwsp yang mana parents letak nama minor (anak2 bawah umur).. mostly duit tersebut ditadbir oleh AmanahRaya sehingga anak2 anda mencapai umur matang 18 tahun.. Duit tersebut akan digunakan bagi perbelanjaan sekolah, perayaan, perubatan anak2 anda.. Penjaga akan dilantik dari kalangan keluarga anda ..Anak anda akan memperoleh baki duit tersebut ketika beliau berusia 18 tahun..


May 5, 2014 at 3:38 AM
faris said...

Post ni sangat bagus sebagai pembuka minda. Cuma perlukan penjelasan lagi berkenaan faraid, hibah, harta peninggalan, harta pampasan dan sebagainya.


May 6, 2014 at 8:14 AM
Unknown said...

apa la angpa ni..nmpak sangat x amik peduli benda mcm ni..kan ada dlm borang penamaan pewaris kwsp tu..setiap nama pewaris angpa boleh letak berape peratus situ pon dh blh elakkn hal pening2 ni...kalau takut sangat suami or isteri bt hal kalu salah sorang mati bg la 20% 30% ka..yg selebih tu bg la kat anak2 xda la sapa2 yg idup lg x susah benda ada jalan senang angpa ikut jalan x percaya suka sangat ikut hasutan syaitan tu la jd nya..


June 2, 2014 at 9:32 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved