ONEXOX
BannerFans.com

Ajak Shiro Kejar Pencuri Dengan Honda Accord Vtec

on Monday, June 9, 2014

 Pelawak dan pelakon terkenal, Ajak Shiro telah berjaya mematahkan tindakan seorang lelaki mencuri perkakas dapur dan rumah dari kediaman keluarganya di Taman Purnama, Kempas, Johor Bahru kelmarin.

Sebahagian besar barangan yang dicuri itu adalah perkakasan memasak yang digunakan untuk majlis kenduri pertunangan adik Ajak Shiro sehari sebelum itu.

Ajak Shiro atau nama sebenarnya Mohd. Hanaffi Razak yang berada di rumah semasa kejadian pada pukul 9 pagi itu berjaya mengejar lori tersebut.

Kereta Honda Accord yang baru dibeli tiga bulan lalu oleh pelawak berkenaan rosak teruk selepas dia menggunakan kenderaan itu untuk mengejar pencuri yang cuba memasuki rumahnya pada pagi Ahad.

Seramai tiga orang pencuri yang membawa lori jenis Isuzu cuba mengambil barangan katering yang disewa dan diletakkan di belakang rumah untuk kegunaan majlis pertunangan adiknya Sabtu lalu.

Mujurlah ibu saya perasan ada orang di belakang rumah mengambil barangan katering tersebut dan dia terus menjerit melihat pencuri-pencuri berkenaan.

Selepas mendengar jeritan ibu, mereka berhenti mencuri dan terus lari. Saya pula terus mendapatkan kereta saya untuk mengejar mereka.

“Bayangkan dari Kempas sampai ke Kulai saya kejar. Sudah macam adegan dalam filem pula. Habis jalan berlubang saya redah sampai rosak kereta dibuatnya. Walhal baru tiga bulan kereta itu saya beli,” katanya.

Namun, ketiga-tiga pencuri tersebut meninggalkan lori mereka di tepi jalan dan menyelamatkan diri masing-masing sementara barang yang dicuri masih lagi berada dalam lori berkenaan.



Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved