ONEXOX
BannerFans.com

Bahaya Menggunakan Dawai Kokot Dalam Bungkusan Makanan

on Tuesday, June 17, 2014

MIRI – Kebanyakan bungkusan makanan masa kini menggunakan dawai kokot yang boleh mendatangkan masalah keselamatan kepada pengguna.

Kalau dulu pembungkus makanan menggunakan lilin untuk menutup atau pengapit bungkusan makanan yang menggunakan plastic tetapi sekarang mereka menggunakan dawai kokot sebagai ganti. Kebanyakannya makanan ringan yang menggunakan bungkusan plastic dan daun pisang.

Selain itu “Pulut Panggang" juga menggunakannya, masa dulu ianya digulung di dalam pulut kukus, dibungkus dengan daun pisang dan dibakar. Ia adalah resipi tradisional Melayu. Lepas itu mereka akan menggunakan batang lidi pada hujung daun pisang.

Menggunakan batang lidi untuk “Pulut Panggang” agak selamat berbanding dawai kokot, namun begitu ada sesetengah penjaja lebih suka memilih dawai kokot sebagai jalan mudah untuk membungkus makanan.

Menggunakan dawai kokot boleh menyebabkan pengguna tertelan dawai kokot sekiranya dawai kokot terjatuh atau bercampur dalam makanan yang dibungkus tanpa menyedari kandungannya.

Jika orang dewasa pun boleh cuai apatah lagi kanak-kanak yang suka makan makanan ringan tanpa berwaspada dan terus menyuap makanan ke mulut apabila mereka lapar.

Makanan ringan seperti kekacang, bijirin dan gula jeli yang dibungkus semula dalam kuantiti kecil turut menggunakan dawai kokot sebagai pengapit bungkusan dan ianya lebih banyak mendatangkan bahaya kepada pengguna terutama kanak-kanak kecil.

Kita dapati penggunaan dawai kokot dalam hampir semua kegiatan pembungkusan makanan seperti kedai runcit, pasar raya atau pasar malam yang boleh merbahayakan keselamatan pengguna.

Pihak Kementerian Kesihatan harus peka dengan isu ini dan sentiasa memantau kegiatan pembungkusan yang menggunakan dawai kokot dengan mengharamkannya segera jika perlu.

Kita mengesa pihak Kementerian dan pihak berkaitan harus menggunakan saluran media untuk menerangkan bahayanya penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan, implikasinya dan risiko yang bakal dihadapi oleh pengguna sekiranya mereka tidak berhati-hati ketika makan.

Kita cadangkan agar pembungkus makanan boleh menggunakan pengapit bungkusan yang lebih selamat lagi dari menggunakan dawai kokot.

Perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya dari pihak berkuasa dan pihak yang berkaitan demi keselamatan pengguna.  Kerjasama dengan pihak yang berkenaan mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.



Sumber






PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved