Malah tak keterlaluan dikatakan, minat terhadap tudung ini mencetuskan fenomena yang biasanya hanya berlaku apabila jenama terkemuka dunia seperti Apple atau Samsung melancarkan produk baharu.
Bayangkan demi mendapatkan koleksi terbaru Fareeda, ada yang sanggup tidur di luar butik dan beratur dari pagi sampai ke petang. Dan oleh sebab ruang butik yang terhad tetapi pelanggan terlalu ramai, sistem angka giliran terpaksa diperkenalkan. Ya, sampai begitu sekali!
Berikut antara komen pelanggan Fareeda sekaligus membuktikan kesanggupan sesetengah wanita beratur dan menunggu berjam-jam demi mendapatkan tudung jenama ini:
Situasi ini pula bukan hanya melanda di Bandar Baru Bangi tapi di semua butik Fareeda termasuk di Kelantan dan Pulau Pinang.
Lihat sahaja gambar-gambar di bawah yang boleh membuatkan sesiapa sahaja yang tidak biasa pasti melopong melihat kegilaan peminat tudung ini.
Paling tak tahan, ada yang sanggup sampai tidur di luar butik semata-mata mahu jadi orang terawal mendapatkan tudung terbaru jenama ini!
Apa pun, tahniah diucapkan kepada Fareeda kerana berjaya mencetuskan fenomena tersendiri di negara ini.
Ia menjadi bukti produk yang bagus akan ‘bercakap dengan sendiri’ dan inilah yang dibuktikan oleh tudung Fareeda yang sentiasa tampil dengan rekaan segar dan tersendiri.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 4 comments... read them below or add one }
Saya pun wanita juga..tak gila macam mereka semua..sanggup buang masa buang duit..sia2 aje.. kalau buat kerja macam tu ada masa, kalau kemas rumah didik anak xda masa pulak.. pelik sungguh
June 3, 2014 at 2:49 AM
Oghang gilo yo buek cam tu. Byk kojo lain laie nk dibuek. X sepokah amek akal diorang ni
June 3, 2014 at 5:30 AM
Apa tujuan yang gila macam ni sampai abaikan solat fardhu dan sunat serta amalan lain untuk dibawa ke akhirat semata-mata gilakan tudung yang singkat, jarang, mahal dan mengundang riak.!!!
June 3, 2014 at 4:44 PM
Pelik btul sggup brtur Dr pg smpi ptg utk tudung..buang masa..kegilaan yg pelik..Baik duduk rumah lg bgus..sy pn suka shopping Tp xdela smpi teruk mcm ni..berat...berat...
June 5, 2014 at 9:38 AM
Post a Comment