ONEXOX
BannerFans.com
Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

Punca Berita Wanita Muslim Thai Suka Poligami Dengan Lelaki Negeri Sembilan Tersebar Luas Terjawap

on Friday, February 12, 2016



KANGAR: Kebanyakan wanita muslim di Selatan Thailand lebih gemar berkahwin dengan lelaki Malaysia yang berumur lebih 40 tahun kerana faktor kestabilan kewangan dan kematangan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pembangunan Sumber Manusia Perlis, Khairi Hassan berkata, wanita Thailand itu sanggup berpoligami dengan lelaki Malaysia yang stabil dari sudut kewangan selain memiliki harta seperti wang simpanan, kediaman dan kenderaan.

"Mereka sanggup berpoligami dengan lelaki warga Malaysia berumur 50 hingga 60 tahun kerana kebiasaannya lelaki berkeluarga pada umur tersebut melangsaikan hutang-hutang yang bersifat kritikal seperti rumah, kederaan dan pinjaman pelajaran.

"Selain itu, lelaki Malaysia yang berumur 50 tahun dan bekerja di sektor swasta boleh mengeluarkan Akaun Dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja osfs umut 50 tahun dan keseluruhan wang simpanan ketika berumur 55 tahun.

"Semenara itu, bagi bekas kakitangan kerajaan, mereka mempunyai pencen tetap selain telah memiliki aset sendiri," katanya.

Beliau mendedahkan penemuan itu berdasarkan pengalaman beliau menemu bual lelaki Malaysia yang mendaftarkan perkahwinan dab berpoligami di negeri ini,

Khairi berkata, wanita muslim Thailand kurang tertarik dengan golongan muda negara ini kerana mereka masih baru membina kehidupan selain tidak mempunyai aset tetap.

Beliau menjelaskan, pihaknya menerima lebih 1,000 permohonan pernikahan semula pasangan yang bernikah di Selatan Thailand di seluruh negara setiap tahun.

Antara lokasi popular pasangan Malaysia di Thailand ialah di masjid-masjid sekitar Songkhla, Narathiwat, Pattani dan Sadao.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Reunion sekolah runtuhkan rumah tangga saya – Salih Yakob

on Friday, January 29, 2016



KUALA LUMPUR 29 Jan. - Pertemuan semula rakan-rakan sekolah atau reunion dan kewujudan media sosial seperti Facebook kini menjadi virus utama dalam memporak-perandakan kehidupan pasangan berumahtangga.

Kenyataan tersebut diakui oleh pelawak Salih Yaakob, 55, yang menjadikan itu sebagai punca utama kenapa dia bercerai dengan isteri keduanya, Nor Raha Hamad, 47, pada September tahun lalu.

“Zaman Facebook, zaman khidmat pesanan ringkas (SMS) ini, orang suka sangat anjurkan sesi reunion dengan kawan-kawan sekolah. Mula-mula seronok sebab dapat imbau semula kenangan zaman sekolah, lelaki dan perempuan. Akhirnya, boleh jadi suka semula dengan kawan lama kita.

“Ini sangat bahaya sebab perkara ini boleh membawa kepada punca perceraian. Buktinya, itulah juga yang terjadi kepada saya dan isteri sehingga kami akhirnya berpisah. Selepas 23 tahun berkahwin, kami berpisah tidak lama selepas acara reunion sekolah dia,” jelas Salih kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tidak menafikan wujudnya orang ketiga dalam perceraian itu, menurut Salih, bekas isterinya itu telah berkahwin dengan lelaki tersebut sebaik sahaja tempoh edah berakhir pada penghujung 2015.

“Dia mula berubah sikap selepas bertemu semula dengan rakan-rakan lamanya semasa reunion dan ketika itu dia memberitahu yang dia sudah tawar hati dan mohon untuk dilepaskan. Oleh kerana hormat akan permintaan dia, maka saya menceraikan dia secara baik. Saya reda melepaskan dia kerana itu yang dia pilih. Pada usia 47 tahun, dia minta cerai dan saya perlu tunaikan kerana tidak mahu berdosa,” katanya.

Dalam pada itu, bapa kepada 13 orang anak ini berkata, dia sangat yakin akan ada hikmah di sebalik segala yang terjadi dalam kehidupannya dan isteri-isteri yang lain.

Menyifatkan kehidupannya dengan tiga isteri lain ketika ini berlangsung dalam suasana ‘tenang-tenang’ sahaja, Salih seakan tidak selesa ketika ditanya, adakah dia akan berkahwin seorang lagi bagi melengkapkan kuota perkahwinan empat seperti sebelum ini.

“Saya percaya, tentu ada sebab mengapa Allah mengaturkan perkara ini. Sebagai hamba Allah, kita perlu percaya dan menerimanya dengan yakin. Tak perlulah kita menghukum mana-mana pihak di sebalik perkara ini.

“Mengenai berkahwin lagi, benda ini tidak boleh diatur-atur atau dirancang. Saya tidak ada jawapan untuk soalan itu kerana saya tidak boleh meramalkan apa yang bakal terjadi pada masa depan, kita terima sahaja bahagian masing-masing yang sudah ditentukan oleh Allah,” katanya.

Tiga isteri yang masih setia dengan Salih ketika ini ialah Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali (30).

Hasil perkahwinan Salih dan Nor Raha, dikurniakan lima anak berumur antara 13 hingga 22 tahun, selain dua yang masih bersekolah.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PUNCA 1.6 JUTA KAKITANGAN AWAM MASIH ADA PEKERJAAN KERANA GST AMAT MENGHARUKAN



PUTRAJAYA - 1.6 juta kakitangan awam di Malaysia diingatkan bahawa mereka masih kekal dalam jawatan masing-masing kerana adanya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), demikian kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"GST dilaksanakan bukan untuk menyusahkan rakyat, tetapi adalah penyelamat kepada rakyat Malaysia. Dengan keadaan harga minyak jatuh AS$20 setong, Malaysia masih mampu mengekalkan semua penjawat awam.

"Tiada seorang pun yang kita hentikan termasuk pegawai-pegawai lantikan kontrak," katanya ketika menghadiri Hari Kastam Sedunia yang ke 34.

Difahamkan, kerajaan mempunyai 1.6 juga penjawat awam, manakala 10,000 kakitangan kontrak.

"Kita masih mampu menyediakan biasiswa, memberi bantuan BR1M dan sebagainya. Keadaan ekonomi dan kewangan negara amat stabil ini adalah salah satu faktor kerajaan melaksanakan GST," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sayu. Raja report, Rani Kulup diangkut ke balai

on Tuesday, January 5, 2016



GOMBAK - Raja report, Abdul Rani Kulup Abdullah ternyata tidak kebal daripada tindakan undang-undang apabila beliau sendiri 'diangkut' pihak polis kerana anugerah Datuk Paduka Mahkota Melaka yang diterimanya, baru-baru ini.

Abdul Rani atau lebih dikenali sebagai 'ayahanda' pada mulanya mahu memberi keterangan kepada Polis Melaka Tengah di sebuah restoran India muslim di sini, bagaimanapun dibawa ke Balai Polis Gombak.

Beliau yang dibawa menaiki sebuah kenderaan polis jenis Proton Preve berwarna perak diiringi sebuah lagi kenderaan sama.

Sebelum ini, Abdul Rani menerima anugerah membawa gelaran Datuk Paduka Mahkota Melaka daripada ahli perniagaan, Raja Noor Jan Shah Tuah yang mengakui dirinya Sultan Melaka.

Bagaimanapun, majlis penganugerahan pingat itu dianggap tidak diiktiraf dan kini disiasat di bawah Akta Hasutan kerana ia didakwa diberikan oleh pewaris takhta negeri itu.

Isu Noor Jan kembali hangat apabila majlis penganugerahan itu melibatkan beberapa individu yang kerap mendapat perhatian dan menjadi viral di media sosial termasuk Abdul Rani.

Noor Jan pernah ditahan polis bagi membantu siasatan bawah akta sama, selepas mengadakan majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca Respon KJ Terhadap Isu Rumah "Bumbung Salib" Terjawap Dan Tersebar

on Wednesday, December 30, 2015

Kedah, 30 Dis - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini memuat satu gambar beliau 'berselfie' dengan bumbung rumah "bersalib" yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Menerusi kapsyen di gambar tersebut, difahamkan pihak pemaju telah menyelesaikan 'kontroversi' itu.

Menerusi laman Twitter, KJ menulis : "Rumah2 yang ada "salib" di Langkawi. Sekarang sudah dicat semula selepas kekocohan yang timbul. Kita banyak sangat membazir masa untuk isu-isu remeh".



Gambar yang dimuat naik oleh KJ memaparkan keadaan bumbung rumah tersebut yang telah dicat kembali dimana sebahagian"salib" itu dicat dengan warna yang sama seperti warna bumbung di bahagian yang lain.


keadaan bumbung sebelum.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kedah telah mengarahkan pemaju kawasan perumahan berkenaan supaya memperbetulkan semula bumbung rumah tersebut untuk mengelakkan sebarang masalah dari timbul di masa hadapan.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sayu. Lelaki 40 Tahun Mengamuk Maki Hamun Kakitangan JPJ Akan Dituduh Hari Ini



Georgetown, 30 Dis: Polis akan mendakwa seorang lelaki berusia 40 tahun yang memaki hamun dan membuat kecoh di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Batu Uban baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Fardalathrash Wahid, lelaki tersebut akan dituduh di Mahkamah Majistert Georgetown esok mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Lelaki itu juga telah ditahan untuk diambil keterangan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kita sudah merujuk kesnya kepada Timbalan Pendakwa Raya yang kemudian bersetuju untuk mendakwa lelaki terbabit kerana kesalahannya itu," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Sebelum ini, video lelaki berkenaan yang memaki hamun pegawai JPJ menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Penjelasan TNB Isu Cabut Plug Untuk Jimat Elektrik Amat Memeranjatkan Rakyat Malaysia

on Thursday, December 24, 2015

Ketika ini isu jimat elektrik hanya dengan mencabut soket atau plug menjadi viral di facebook.Ramai yang percaya dan ramai juga yang menganggap ia hanyalah sekadar gurauan semata.Namun akhirnya kita mendapat penjelasan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sendiri.

Berdasarkan kenyataan rasmi daripada Tenaga Nasional Berhad, memang benar pembaziran elektrik akan berlaku sekiranya suis tidak ditutup serta plug tidak dicabut dari soket. Tambah kenyataan TNB lagi, pengguna adalah dinasihatkan untuk mencabut plug daripada soket apabila tidak digunakan dan perlu matikan suiz. Ikuti kisah benar orang ramai yang menggunakan tips penjimatan elektrik daripada TNB. Ternyata ianya bukanlah mitos tapi terbukti berkesan untuk menjimatkan bil elektrik bulanan anda.




Kenyataan Rasmi TNB Isu Tips Jimat Elektrik Hanya Cabut Plug



Testimoni Pengguna Guna Tips Cabut Plug Jimat Elektik

Pengguna 1: Razif Rubaai



Pengguna 2: Liyana Syazwani







Sumber  

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Gambar ditangkap semasa beromen bawah sinki dapur tersebar

on Wednesday, December 23, 2015



PONTIAN - Sebuah keluarga di Kampung Parit Dato Onn di sini, terselamat daripada bahaya apabila kehadiran dua ular tedung yang sedang mengawan di bawah sinki dapur rumah disedari kucing peliharaan mereka.

Salah seorang ahli keluarga yang hanya mahu dikenali Lela berkata, ketika kejadian, dia mahu menyiapkan sarapan pagi sebelum kucingnya menghampiri haiwan berbisa itu.

Dia terkejut sebaik melihat kucing itu diterjah dua reptilia berkenaan.

Menurutnya, seorang ahli keluarga terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah untuk meminta bantuan.

Sementara itu, Pegawai JPAM daerah, Mohd Hairol Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan dua tedung itu, kira-kira jam 7.29 pagi dan mengarahkan empat anggotanya ke lokasi untuk menangkap reptilia tersebut.

Ketika dihampiri, dua ular seberat dua kilogram dengan panjang hampir satu meter itu sedang mengawan dengan berbelit antara satu sama lain.

“Ular itu bertindak agresif dan kedua-duanya masih berbelit ketika ditangkap dalam tempoh kira-kira 10 minit,” katanya.

Beliau berkata, reptilia tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar (Perhilitan) untuk tindakan lanjut

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PELIK TAPI BENAR. PINJAM PTPTN RM26K, BAYAR BULAN-BULAN. SELEPAS 7 TAHUN BAKI RM25,840

on Tuesday, December 22, 2015



Lagi kes melibatkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Pinjam RM26,000, bayar RM100 setiap bulan tak pernah miss selama lebih 7 tahun. Baki akhir pinjaman terkini RM25,840. Maknanya aku baru bayar RM140 selama ini.

"PTPTN, inilah pinjaman riba dan zalim yang depa-depa yang terlibat kena jawab di akhirat," kata peminjam yang hanya dikenali sebagai Yunus itu.

Gambar yang dimuat naik ke laman Facebooknya itu mengundang perhatian rakannya dan mempersoalkan mengapa tidak ditukarkan kepada ujrah.

"Nak tukar kepada ujrah, saya kena bayar RM7,000 sekali gus, baru dapat tukar ke ujrah. Ujrah mula diperkenalkan dalam tahun 2009. Jadi sesiapa yang grad sekitar tahun itu memang percuma tukar ke ujrah. Siapa-siapa yang ada tunggakan bayaran perlu langsaikan tunggakan bayaran, baru dapat tukar ke ujrah," jelasnya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PUNCA TUNJUK ISYARAT LUCAH PADA SULTAN JOHOR TERSEBAR

on Monday, December 21, 2015



JOHOR BAHRU - Padah tunjuk isyarat lucah pada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan di Lebuhraya Utara Selatan di Yong Peng, pagi  semalam.

Ketika kejadian jam 11.20 pagi itu, Sultan Ibrahim yang menaiki kereta Porsche Cayenne S diiringi oleh beberapa pegawai polis yang dalam perjalanan pulang dari Muar ke Johor Bahru.

Di Kilometer 95 arah selatan, seorang lelaki yang memandu Perodua Viva berwarna putih, Md Aris bin Husin, berasal dari Serendah, Selangor, telah menunjukkan isyarat lucah serta penumbuk dengan tangan kanan.

Sultan Ibrahim serta merta memberhentikan kenderaannya dan mengarahkan anggota polis yang mengiringinya menahan lelaki terbabit.



Md Aris yang dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor menuju ke rumah ibu bapanya di Parit Raja, Johor, mengakui sengaja melakukan perbuatan biadab dan kurang ajar itu. Namun tidak menyangka bahawa orang di dalam kereta tersebut adalah Sultan Ibrahim.

Ekoran itu, Md Aris ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 kanun yang sama.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

SPESIS BARU ULAR YANG DIJUMPAI DI HUTAN JELEBU INI TIDAK BOLEH MATI! DISAHKAN OLEH NATGEO WILD



Semalam di Nat Geo Wild, telah diumumkan bahawa ular yang sangat berbahaya baru sahaja ditemui. Saintis mendakwa bahawa ular merupakan species baru : revolusi keluarga reptilia itu . Menurut Nat Geo Wild , ular tersebut akn brtmbah 0.5 cm panjang setiap kali ia makan dgn sekali suapan setiap 30 saat atau kurang. Ular ini tidak boleh dibunuh atau dicederakan oleh senjata malahan ianya mati hanya apabila ia menggigit dirinya sendiri. Huh mengejutkan?

Saintis mendakwa bahawa hanya ada satu-satunya cara ia boleh dibunuh tetapi kajian masih diteruskan untuk mencari cara-cara baru ular ini boleh dibunuh. Ini adalah ular yang paling beracun dan dahsyat pernah direkodkan dalam sejarah manusia.

Ular ini hanya boleh didapati dalam Nokia 3310 telefon mudah alih di bawah pilihan permainan , ular Xenzia . Terima kasih kerana berhati-hati dan sabar membaca ini!

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'Sekarang kami berkongsi suami'

on Thursday, December 17, 2015



Kuala Lumpur: Status penyanyi, Adira, 24, atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi kini menjadi tanda tanya apabila wanita menggunakan nama Datin Red membuat pendedahan di ruangan komen gambar dimuat naik di Facebook (FB)nya bahawa dia dan Adira berkongsi suami.

Wanita itu pada mulanya memuat naik gambar dia dan Adira serta membuat kenyataan ‘with sister’ sebelum menerima pertanyaan daripada rakan FBnya di ruangan komen.

Datin Red kemudian menjawab pertanyaan itu dengan mencatatkan ayat ‘Sekarang kami share (berkongsi) suami’ dan turut memaklumkan reda dengan apa yang berlaku.

Difahamkan suami Datin Red bergelar Datuk dan ahli perniagaan.

Sementara itu, Adira turut memuat naik gambar sama di akaun Instagram miliknya semalam.

Rata-rata peminat Adira mengucapkan tahniah di atas perkahwinannya meskipun menjadi isteri kedua.

"Semoga tabah menjadi isteri nombor dua. Banyakkan bertolak ansur," komen seorang peminatnya.

Difahamkan gambar berkenaan diambil semalam ketika Adira mengadakan persembahan pada acara pertunjukan fesyen Diandra Couture.

Sementara itu, Adira gagal dihubungi.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PUNCA SERVIS KTMB LEMBAB MENGALAHKAN KURA-KURA TERJAWAP SAYU



Wahai KTM Berhad, kalau rasa tak mampu nak upgrade Touch and Go machine, jangan galakkan penumpang guna Touch and Go. Kalau malas nak upgrade sistem perjalanan, jangan naikkan harga tambang.

Tawaran pilihan KTMB bagi penumpang, kalau guna Touch and Go, harga tiket lebih murah berbanding beli tiket di kaunter. Obviously, orang akan pilih yang lebih murah kan? Tapi kenapa tak tambahkan machine Touch and Go? Bila nak beli tiket, satu kaunter saja yang buka. Kaunter yang lain pula ditutup. Apa fungsi kaunter yang tutup itu di waktu kemuncak?

KTMB naikkan harga bukan calang-calang, sampai 100%! Kalau servis KTMB tip top seperti Rapid, saya tak kisah bayar mahal. Tetapi servis KTMB lembab mengalahkan kura-kura berlumba dengan arnab dalam cerita kanak-kanak.

Page official FB KTMB  pun kali terakhir dikemaskini pada 2012. Dalam laman sesawang KTMB tak ada satu pun pilihan untuk orang awam membuat aduan mengenai perkhidmatan. Takutlah tu sebab memang tahu banyak aduan kan? Kan? Kan?

Nak naikkan harga perkhidmatan, tingkatkanlah dulu kecekapan perkhidmatan itu. Barulah pengguna tidak merungut untuk bayar mahal dan rasa berbaloi bayar mahal.

Saya tak marah tapi kecewa dengan servis KTMB. Asyik delay saja, masalah itu masalah ini. Pang nak?!

Sekian luahan hati penumpang dari tambang harga RM5.60 ke harga RM7.20 sehari untuk perjalanan 8 stesen yang memakan masa antara 30 minit - 1 jam.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Gadis bertudung cun melecun tapi skirt belah sampai peha dengan memakai stokin cetus kegemparan



Video dan gambar-gambar gelagat gadis Islam dengan asap 'vape'nya viral merata-rata. Kelmarin status anak gadis beritahu trend penyewa perempuan boleh bawa teman lelaki balik ke bilik rumah sewa.

Kenyataan gadis ini juga amat menyedihkan kita. Sekalipun betul beliau ada pakai stokin yang sama warna dengan kulitnya namun itu tidak sama sekali dibenarkan dalam Islam. Yang pasti dari gambar itu nampak seperti beliau tidak langsung menyarungkan apa-apa di kakinya. Beliau tidak lain hanya memberi alasan jahilnya.

Inilah yang saban hari diperingatkan pesan Nabi SAW bahawa "di akhir zaman ramai wanita berpakaian tetapi nampak macam telanjang". Itulah petunjuk dan peringatan demi peringatan yang terus menerus diperlekehkan.

Beliau mungkin anak orang kaya yang ada pengawal peribadi untuk mengelak dari dirogol. Tetapi adalah amat bahaya jika tabiat ini ditiru oleh wanita lain yang lebih terdedah kepada gangguan seksual. Perlakuan ini sengaja dibuat untuk membuatkan lelaki 'terliur' dan terpanggil untuk 'menyingkap' dan meneroka lebih jauh apa yang sudah di'bayang'kan..

Jika adik ini terbaca artikel ini, kami seru untuk segera bertaubat. Janganlah aibkan diri sendiri di khalayak ramai dan di alam maya begini. Janganlah ditambah lagi aib Muslim dengan gelagat seperti ini.

Jika adik ini tidak memperdulikan seruan ini, kita harap semua wanita lain ambil iktibar daripadanya. Inilah zina mata yang telah disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW.

Mohon janganlah ditambah lagi imej buruk agama kita yang selama ini telah dicemari oleh kita sendiri. Ingatlah para wanita, jangan diundang malapetaka. Telah nabi sabdakan bahawa neraka itu banyak dihuni oleh kaum hawa.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Astro Nafi Gegar Vaganza Bermaksud Gegar Vagina

on Tuesday, December 15, 2015



KUALA LUMPUR 15 Dis. - Judul program Gegar Vaganza hari ini mengundang jenaka dalam kalangan netizan apabila perkataan "vaganza" itu dikatakan merujuk kepada kemaluan wanita atau vagina yang diterjemahkan daripada kamus urban Bahasa Inggeris.

Ditambah pula dengan perkataan "gegar" di hadapan perkataan tersebut, rata-rata pelayar laman sosial menyifatkan judul berkenaan terlalu lucah untuk diguna pakai oleh Astro bagi menerbitkan program televisyen bertajuk sedemikian rupa.

Bagaimanapun, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, perkataan "vaganza" yang diguna pakai pihaknya merujuk kepada perkataan asal ekstravaganza yang membawa maksud pertunjukan besar-besaran.

“Bersesuaian dengan matlamat Astro yang mahukan program ini menjadi sesuatu yang besar atau mampu mencipta fenomena, maka kami ubah suai secara kreatif kepada Gegar Vaganza supaya mendatangkan impak yang lebih besar serta dekat dengan penonton.

“Lagi satu, "vaganza" yang merujuk kepada vagina diperoleh daripada kamus urban, bukannya kamus Oxford. Kamus urban seperti ini dibuka kepada orang awam untuk menamakan sebarang perkataan yang menjadi gaya percakapan semasa atau bahasa pasar, tidak mengikut piawaian sebenar bahasa Inggeris,” katanya memberi penjelasan.

Sementara itu, Gegar Vaganza merupakan sebuah program televisyen terbitan Astro Ria yang menjadi platform buat penyanyi-penyanyi senior yang telah lama menyepi mengetengahkan semula bakat mereka kepada umum.

Sebanyak dua musim telah diterbitkan yang menobatkan Ayai Ilusi selaku juara pertama dan baru-baru ini, Siti Nordiana sebagai pemenang musim kedua.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'PEREMPUAN 2015 MOSTLY TAK TAHU MASAK! MENYUSAHKAN!'

on Sunday, December 13, 2015



Dalam Islam tak sebut pun tugas isteri buat semua itu. Kenapa lelaki demand? Sebab mereka kena bayar hantaran tinggi yang dalam Islam pun dituntut atau sebut. So, kau takkan tak boleh harap bayar hantaran tinggi just duduk goyang kaki.

Pandangan aku sebagai lelaki, kalau hantaran rendah, kalau isteri goyang kaki, aku nak lebih-lebih nak kerahkan dia seperti hamba abdi pun aku malu.

Yelah, sudahlah nak kahwin pun tak bayar apa-apa sangat hantaran, lepas itu nak demand. Tetapi kalau puluh-puluh ribu, kalau isteri itu produktiviti, kualiti dan inovatif, berbaloi la. Cari orang gajilah, sanggup nak elak isteri penat.

Tapi kalau berpuluh-puluh ribu, macam mamat dalam gambar itu merungut memang berkerutlah dahi bertekak sampai mati.

Bagi aku, aku relaks saja. Hantaran tinggi pun okay, hantaran rendah pun okay. Bagi aku, isteri ini saham. Banyak kita melabur untuk diri dia, lagi banyak pulangan dia akan beri untuk kekalkan kualiti.



Tengok pada kesedaran kaulah sebagai lelaki. Dalam Quran pun ada tulis kan isteri itu ibarat tanaman.Tuailah, bajalah, keluarkan modal sikit. Takkan dah beli sebidang tanah terus nak biar? Takkan berhasillah beb.

Kau suami kot? Kaulah mencorak dia. Perempuan ini lampi faif. Tengok pada corak kau pimpin, itulah wajah dia, wajah kau.

Kau nak apa lagi? Untung tuhan bagi kau isteri. Ada juga orang nak dengan kau. Ada juga yang sedia nak sehidup semati dengan kau, yang jaga maruah dia untuk kau.

Eh, kalau tak tahu bersyukur memang macam inilah kita akan asyik mempertikaikan apa saja sampai mati. Hidup kita ini nak melengkapi, bukan nak demanding kelemahan. Kalau tuhan kurniakan kau pasangan macam itu, buku ruaslah. Tuhan tak pernah salah beri sepadan.

Eh? Engkau pilihlah mana yang kau nak orang cakap pasal kau dapat bini? Sama padan atau padanlah dengan muka? Kau pun nak cari bini yang luaran macam modal, muka macam artis. Pelajaran tinggi, lepas itu nak demand egonisme orang perempuan macam itu.

Kau ingat diorang nak taat kalau tak ada sebab? Dia mungkin tengok kau suami. Tetapi kalau kau demand seperti itu, bini kau pun tengok kau atas bawah. Silap-silap kau cuma di bawah tapak kaki dia saja.

Cuba kau cari bini benyak-benyai yang biasa-biasa, yang janda ke, yang tak ada tempat di dunia sosial atau persaingan dunia. Confirm kau tak akan mengeluh sebab golongan seperti ini super taat sebab dia melihat kau lebih tinggi segala serbi dari dia. Memang ikat mati dia belai kau.

"Terajang, sepak, belum tentu dia jumpa kau di pintu mahkamah syariah,"

Kau ingat perempuan nak respect kau ke kalau kau pun tak adalah sempurna mana? Lagi hebat bini kau. Cuma bini kau ini perempuan, menunduk dan merendah diri.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca Perwakilan UMNO Tegur 'kain tak jahit' Pramugari MAS Terjawap

on Saturday, December 12, 2015



Perhimpunan Agung Umno (PAU) hari ini turut menjadi tempat luahan perwakilan Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus yang menyuarakan pandangannya berkenaan isu pakaian petugas-petugas perempuan dalam penerbangan MAS.

“(Pekerja) lelaki pakai dalam bentuk yang lebih sopan.

“Tetapi perempuannya kita biarkan pakai kain tak jahit,” kata wakil Pulau Pinang Datuk Ahmad Darus memetik laporan MalaysiaKini.

Ahmad berkata jika pihak yang berkenaan memperjuangkan Islam, mereka harus menyediakan pakaian yang lebih sopan kepada petugas MAS.

“Kalau kita melihat ini (Islam) sebagai perjuangan kita, kita (pihak berkenaan perlu) sediakan bukan orang lain sediakan.

“Bukan kita beri kebebasan kepada mereka untuk pakai ikut suka tetapi kita sediakan pattern yang sama,” katanya.

Selain dari itu, Ahmad turut mempersoalkan pemakaian pakaian sukan atlit wanita negara.

Beliau mengambil contoh pemakaian dalam sukan bola tampar dimana pemakaian atlet lelaki dilihat lebih sopan dimana memakai seluar pendek sedangkan perempuan pula berpakaian seperti seluar dalam.

“Ini cara orang putih, cara Yahudi. Tengoklah sukan lain, sama juga.

“Sukan tenis pun sama, lelaki pakai sopan sikit, kadangkala seluar sampai ke lutut, tapi perempuan pakai apa?

“Apakah kita nak samakan penerbangan MAS dengan apa yang dibawa Yahudi ini?” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sayu. Sembilan Pemimpin Cawangan UMNO Teluk Kemang Dihalau



KUALA LUMPUR – Sembilan pemimpin UMNO Teluk Kemang, yang menuntut Datuk Seri Najib Razak berundur, hari ini mengadakan sidang media berhubung perkembangan terkini Perhimpunan Agung Umno 2015.

Bagaimanapun, jurucakap kumpulan itu, Datuk Mohamad Zin Mustafa berhenti ketika sekumpulan ahli Umno diketuai Ketua Melayu Bersara Angkatan Tentera Veteran Mohamad Ali Baharom (Ali Tinju) datang dan melaungkan “Hidup Presiden Umno” dan “Hidup Najib” di hadapan sebuah bilik Perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Terdahulu, lapan daripada sembilan Ketua Cawangan di Bahagian Teluk Kemang digantung enam tahun oleh Tribunal Disiplin UMNO, susulan desakan secara terbuka agar Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai presiden parti itu.

Kesemua mereka telah dirujuk ke jawatankuasa itu pada 2 Disember lalu, sebelum keputusan penggantungan daripada parti itu yang dimaklumkan menerusi surat sehari kemudian.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Muhyiddin kagum dengan teguran berapi KJ terhadap Najib semalam

on Wednesday, December 9, 2015



KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kagum dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atas kelantangannya ketika Ucapan Dasar di perasmian Perhimpunan Agung Pemuda Umno, semalam.

Menurut Muhyiddin, meskipun berlapik namun Khairy tetap menunjukkan keprihatinan terhadap bebanan rakyat.

"Saya rasa agak kagum, saya dengar sedikit ucapan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, saya tak dengar yang lain.

"Ada 'feedback' yang beliau agak lebih lantang bersuara...beralas, berlapik tapi setidak-tidaknya ada menunjukkan 'concern' yang agak begitu serius oleh pimpinan pemuda terhadap isu dan masalah yang dihadapi oleh rakyat," katanya kepada Sinar Online dalam wawancara eksklusif, semalam.

Semalam, Khairy menggesa kerajaan untuk menghentikan segala kenaikan harga dan tambang yang jelas telah membebankan rakyat serta mengingatkan BN tentang Aku Janji sebelum PRU 13 yang lalu.‎

Mengulas tentang perjuangannya yang dilihat seolah-olah berseorangan, Muhyiddin menegaskan tidak kisah dengan suasana itu.

"Saya tak tahu kalau saya berseorangan, berseorangan, kita ada 3 juta ahli dan saya fikir ramai juga mungkin yang menyokong perjuangan kita. Tapi tak apa jika saya berseorangan sahaja. Saya bersedia.

"Saya sudah menanggung kesan daripada tindakan saya dan mungkin ada tindakan lagi nak dipancung, dicincang saya...tak apa. Yang mustahak, rakyat tahu apakah tindakan saya itu betul ataupun atas sebab-sebab tertentu," katanya.

Katanya, ahli-ahli Umno hari ini tidak vokal sepertinya mungkin kerana bimbang dipancung sepertinya.

"Saya percaya ahli Umno ada perasaan, mereka tahu, mereka cerdik tapi mungkin kerana suasana politik yang dihadapi hari ini, mereka tidak rasa lebih bersedia dan terbuka untuk menyatakan hasrat mereka atau wujudnya satu politik ketakutan. 'Kalau saya bersuara, nanti saya akan dipancung...tengok Tan Sri Muhyiddin, dia sudah kena pancung. Jadi, untuk selamat dan tidak diganggu, maka berdiam'.

"Ini satu masalah besar bagi kita. Parti ada hak tetapi ahli parti tidak boleh menggunakan hak. Jadi, sebab itu kita tenggelam daripada berhadapan dengan realiti, rakyat lihat 'eh apa dah jadi dengan Umno?

Ahli bertanya, arah tuju mana kita pada hari ini? Banyak juga yang rasa bimbang jika sokongan kita sudah merosot dan kita kalah dalam pilihan raya," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Wanita sertai rondaan keselamatan. Lelaki pula entah ke mano?




KUALA PILAH – Kebiasaannya tugas dan tanggungjawab memelihara keselamatan kampung digalas oleh kaum lelaki terutama dalam membuat rondaan pada waktu malam.

Bagaimanapun, di Dangi lain pula ceritanya apabila tugas melakukan rondaan turut dilakukan oleh golongan wanita dalam membantu mengurangkan kadar jenayah di kawasan terbabit.

Ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) Rukun Tetangga (RT) Dangi, Norhayati Abdullah berkata, dia tidak kekok untuk menjaga keselamatan kampung malah lebih seronok kerana dapat bertemu dengan masyarakat.

Katanya, banyak pengalaman pahit manis diperoleh sepanjang menjadi ahli SRS.

"Kita pernah berdepan dengan tindakan seorang pemabuk yang bertindak membuang botol kaca dari atas bangunan ke arah pasar malam., sekali gus membahayakan orang ramai yang ketika alu lalang di situ.

"Jadi sebagai ahli SRS, kita memberanikan diri mengetuk pintu rumah individu terbabit bersama orang kampung supaya memberhentikan kerja tak berfaedah itu.

"Selain itu, kita juga pernah membantu pemandu teksi yang hilang kawalan dan  terjatuh ke dalam longkang. Kami bukan sahaja menjaga keselamatan penduduk tetapi turut membantu sesiapa jua yang mengalami kesusahan. Itulah semangat wanita meskipun kami dianggap lemah," katanya.

Dalam pada itu, kata Norhayati, aktiviti rondaan dijalankan secara berkumpulan terdiri daripada lebih dari tiga orang bagi setiap kumpulan.

"Pasar malam dibuka setiap Isnin dan peranan SRS membantu memelihara keselamatan supaya tiada kes curi ataupun kemalangan berlaku.

"Bila kawasan berkenaan menjadi tumpuan, kita bimbang akan berlaku kes jenayah. Maka peranan kami membuat rondaan di pasar malam dan sekitar taman sejurus melaporkan diri di Balai Polis Dangi," katanya.

Jelasnya, buat masa ini, kawasan lokaliti SRS Dangi dalam keadaan terkawal selain kadar jenayah berkurangan.

"Bila rondaan dibuat pada waktu malam, kebarangkalian untuk berlaku kes kecurian, pecah rumah dilihat terkawal.

"Meskipun di sini ramai pekerja warga asing yang bekerja di ladang kelapa sawit, tetapi kes jenayah berkurangan kerana rondaan secara kerap dilakukan demi keselamatan penduduk," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



 
© AANS BLOG All Rights Reserved