Pengarah kilang membuat kelambu itu, Muhammad Bajoudah menyatakan perbuatan sia-sia itu dilakukan oleh jemaah dari negara tertentu hingga mencacatkan kelambu berkenaan.
“Mereka mencabut benang menggunakan cincin dan gunting dengan harapan ia akan mendatangkan nasib yang baik dan berkat. Perbuatan mereka mencacatkan kiswah,” katanya.
Sebahagian besar jemaah yang melakukan perbuatan mencabut benang kelambu berkenaan dan menelannya kerana mempercayai amalan khurafat.
“Mereka cetek ilmu.
Mereka tidak menunaikan ibadah itu dengan betul sebaliknya melakukan amalan khurafat. Jemaah berkenaan melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka mencabut benang kiswah menyebabkan kelambu itu rosak,” tambahnya lagi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment