ONEXOX
BannerFans.com

Kawasaki Bakal kembali Model Enjin 4 Silinder 250cc?

on Monday, June 30, 2014

Berita baik untuk para peminat Kawasaki khususnya, jika kita ingat kembali dekad 90an dahulu, pengeluar gergasi dunia juga bersaing menghasilkan sportbike kecil dengan enjin 4 silinder berkapasiti 250cc - 400cc. Anda pasti tak lupa bagaimana hebatnya model Kawasaki ZXR 250/400 dan Honda CBR 250/400 waktu itu.

Menurut sumber dari Indonesia iaitu TMC Blog, Kawasaki sedang dalam proses menghasilkan enjin 4 silinder 250cc dan dengan bukti bergambar di sertakan, kita dapat meneka yang model Kawasaki 250cc terbaru berkemungkinan bakal kembali ke pasaran pada 2015.

Dengan pasaran model 250cc yang semakin berkembang pesat di Asean sekarang. Kita dapat melihat persaingan yang cukup sengit dari pengeluar Jepun dan Eropah seperti Yamaha dengan model R25, Honda dengan CBR, KTM dengan model Duke dan tidak terkecuali pengeluar tempatan NAZA dengan model Blade. Walaupun Kawasaki nampak kukuh dengan model Ninja dan terbaru model 1 silinder 250cc Ninja SL, di dorong dengan saingan lawan yang kuat seperti Yamaha, Kawasaki di lihat bertindak balas dengan cukup pantas untuk terus kekal sebagai dominon dalam kelas 250cc.

Kawasaki nampaknya sudah bersedia untuk memasuki ruang kelas model 4 silinder 250cc, ianya akan menjadi menarik untuk kita lihat sejauh mana pengeluar lain bertindak hasil dari Kawasaki dan apa manfaat yang bakal di peroleh kita yang menilai pasaran 250cc khususnya di Asean.



Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved