Bismillah.
Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..
Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..
Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu, saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook....
Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.
Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...
~~~~~
Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..
Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.
Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.
Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.
Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.
~~~~~
Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.
Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik
Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.
~~~~~
Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.
Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...
###########
Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :
1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.
2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.
Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.
3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.
4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama Tak rugi pun kita, lagi untung ada
5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.
Walahualam.
Sekian,
Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas
Kredit : Kamal Zawari Ghazali Asamkipas [FB]
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 10 comments... read them below or add one }
Betul...tapiiii...tapiiii...24jam tuhan bagi masa...tidak adakah 10min utk anaknya????....saya seorang ibu...saya bekerja...saya menguruskan rumah tangga krana suai bekerja atas kapal..srorang diri..anak 4...duit bukan byk...tetapi kalu begitu keadaan srorg anak tidak masuk dek akal...lemah lembut...tdk mngasari satu hal lain ya tuan tuan...saya bgun pukul 5 pgi..pukul 12mlm baru boley rehat...dan saya tidak ada facebook..tdk ada twitter atau insta...cuma ada masa jguk blog dlm komuter ini...masa utk berselfie dan berfaebook ada...utk anak?...tiada.....org lain lagi susahla puan lola....tapi ada akal...akal mngatasi segala2nya...
June 23, 2014 at 5:07 PM
Anak tu tak perlukan duit pun.....yg amat diperlukan kasih sayang seorang ibu...mama...umi..mak...
pelukkan seorang ibu lebih bermakna dari duit...
allah jaga adik ni...dia yang lebih mengetahui segalanya..
June 23, 2014 at 5:20 PM
Baju dh reput , alasan xde cukup duit , mmg xmunasabah , anak yg lg satu okay je pemakaian , badan fizikal sihat , ..ketika ditemui pun bilik bersepah ,penuh dgn najis , .. so jgn bela mak adik neh , alasan yg cukup tidak munasabah dan tidak berperikemanusiaan lansung ! pihak hospital pun dh sahkan adik OKU neh tidak diberikan 1~2 bulan .. so stop defend mak budak neh , ape guna kerja overtime carik duit lebih ,tp ank OKU disisihkan dan dikurung ?
June 23, 2014 at 6:10 PM
Bagi saya....Allah tunjukkan kejadian ini untuk kita... Semua... MUHASABAH... diri kita,masyarakat kita...negara kita dan akhir sekali... agama kita.
June 23, 2014 at 9:24 PM
Haaa...ini komen terbaik.. Yg membuatkan aku terfikir.. Betol....marah tu mmg aku ada... Tp untuk apa?.. Hurrmmm..Ya Allah perelokkan keluarga dan adik itu. Begitu juga aku dan seluruh umat islam.
June 23, 2014 at 10:10 PM
Yeker tersangat susah sampai nk bj be xmampu??! Ko punya bj, tudung boleh pulak baru. Xda masa nk kemas bilik?!! Ko berfb Ada ms pulak. Doctor pun dah ckp anak ko dah berbulan xcukup mkn.kalu ssh Sgt badan ko apsal xkurus kering can anak ko. Alasan semata2.
June 23, 2014 at 10:55 PM
kemas bilik anak,mandikan anak,bagi kasih sayang..semua tu xperlukan duit..xkan la smp nk urus anak pn xsmpt,xkan keja 24 jam shri kot..alasan!
June 24, 2014 at 12:08 AM
Lola satu hal...sipenulis asam kipas tu lgi lalok.....hadoiiiiii....nk kumpul duit ni ..nk kasik adik firdaus ke..nk bgi kat mak dia yg x cukup duit bgi anak mkn..atau nak bgi mak dia duit utk beli bju n tudung baru...bio nmpk vogueeeee gitu bile berselfie....agak2...ok x kalu kata bongok....
June 24, 2014 at 2:58 AM
Pokok dek kau oghang la...doso memasing tanggung..
June 24, 2014 at 3:52 AM
Apa yang dikatakan oleh semua orang mengenai mak budak tu ada betulnya. takkan tak sempat nak mandikan dan bersihkan anak tu, kesian tengok budak firdaus tu terbiar. Nasib baik pihak keselamatan jumpa kalau tidak tak tahulah apa nasib budak tu.
June 24, 2014 at 5:13 PM
Post a Comment