Lebih menyayat hati, lelaki berkenaan tinggal dengan timbunan botol air mineral, bekas makanan dan juga sisa rokok selain sampah sarap serta diselubungi najis di dalam kereta Proton Saga berkenaan sejak Mac lalu.
Selepas pelbagai usaha dilakukan penduduk untuk memujuknya keluar dari kereta itu kerana bimbang keselamatannya menemui kegagalan, mereka menghubungi wartawan untuk memaklumkan mengenai keadaan lelaki itu kelmarin.
Wartawan yang bergegas ke lokasi sebaik menerima berita itu juga berdepan situasi sukar apabila usaha memujuknya menemui jalan buntu biarpun selepas enam jam cuba mengajaknya keluar dari kereta yang menjadi kediamannya.
Ikhtiar yang turut disertai Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama beberapa penduduk juga gagal kerana dia langsung tidak mahu memberikan kerjasama, malah mengherdik orang ramai di situ supaya pergi dari situ dan menyatakan dirinya tidak mahu diganggu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment