ONEXOX
BannerFans.com

Rozita Che Wan Sekat 1,000 Pengikut Instagram Yang Suka Maki Hamun

on Sunday, June 8, 2014

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan mendedakan dia berjaya menyekat kira-kira 1,000 pengikut laman sosial Instagram miliknya kerana rimas dengan mesej-mesej yang dikomen apabila gambarnya dimuat naik.

Rozita, 41,  atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berkata, dia juga akan membuang mana-mana status peminat yang dirasakan tidak bersesuaian ataupun menyakitkan hati.

“Bagi saya, Instagram saya adalah ‘personal’ . Adalah menjadi hak saya untuk meletakkan gambar saya.  Kalau sesiapa yang tak suka jangan follow.

“Saya pun pernah… lebih kurang 1,000 orang saya block,” katanya.

Rozita berkata demikian ketika menjadi tetamu  rancangan h live yang disiarkan menerusi  Astro Ria dan Maya HD pada Ahad pukul 8.30 malam.

Pelakon itu ditemubual pengacara Datuk Aznil Nawawi.

Ketika ini Rozita menerusi akaun Instagram miliknya iaitu rozitachewan1 mempunyai lebih 300,000 pengikut.

Dalam pada itu Rozita berkata, dia juga kecewa setiap kali memuat naik gambar-gambarnya bersama suami iaitu Zain Saidin, banyak komen negatif diberikan pengikut laman sosial itu.

Malah gambar percutiannya dengan Zain di Paris pada bulan lalu turut menjadi isu apabila aksi  mereka berbaring di atas katil dan juga berpelukan seolah-olah bercium dengan berlatar belakangkan menara Eiffel turut dikritik.

Saya muat turun gambar pun, gambar dengan laki (suami). Sebenarnya gambar kami nampak macam bercium tu, sebenarnya kami bukan bercium pun.

“Tapi bila kita jelaskan, dia orang tetap kata tu gambar bercium. Kalau bercium pun apa salahnya, bukan laki (suami) orang,” katanya sambil ketawa.

Tambah Rozita walaupun dia sakit hati dengan komen-komen itu namun dia tidak terlalu memikirkan perkara berkenaan.

Bagaimanapun dia benar-benar marah apabila isu Zain mewarnakan rambut perang dipersoalkan tanpa peminat  mengetahui perkara sebenar.

Ujar Rozita, Zain terpaksa berbuat demikian kerana terikat dengan kontrak lakonanya  memegang watak sebagai Mr. Henry Middelton dalam Oh My English musim ketiga yang akan berakhir penggambarannya sehingga hujung tahun ini.

“Zain warna rambut pun nak komplen. Kita buat sesuatu benda mesti ada sebab. Dia terikat dengan Oh My English. Orang asyik nampak buruk je,” katanya yang kini mengandung lima bulan.



Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved