ONEXOX
BannerFans.com

SEGERA: SIASATAN KENALPASTI INDIVIDU BOCOR UJIAN MAKMAL CADBURY BABI

on Tuesday, June 3, 2014

Siasatan akan dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung kontroversi dua produk cokelat Cadbury dikaitkan dengan DNA babi atau ‘porcine’ yang mencetuskan keresahan serta kekeliruan di kalangan orang ramai, khususnya umat Islam di negara ini.

KKM akan mengadakan siasatan dalaman bagi mengenalpasti individu yang bertanggungjawab menyebarkan dokumen laporan sulit ujian makmal KKM tentang hasil analisa ke atas dua sampel produk cokelat Cadbury yang diambil secara rambang di pasaran pada 23 Mei lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Hilmi Yahya berkata, laporan awal analisa itu tidak tepat dan penyebarannya kepada umum secara terburu-buru mengakibatkan kekecohan di kalangan masyarakat negara ini yang majorinya beragama Islam.

“Kami akan membuat siasatan dalaman.

“Mereka terburu-buru mengeluarkan laporan awal itu sebelum siasatan lanjut melibatkan produk tersebut dilakukan semula,” kata Dr Hilmi kepada media selepas merasmikan Persidangan Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Selasa.



Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved