Rata-rata pengguna media sosial memuji anggota polis berkenaan sekaligus menepis tanggapan negatif kononnya polis senang disogok dengan wang ringgit dan berharap menjadi contoh kepada anggota yang lain.
Berdasarkan beberapa komen pengguna media sosial,anggota polis terbabit difahamkan berang dengan tindakan pesalah traffik berkenaan yang dilihat cuba merakam aksi tersebut sambil menghulurkan duit kepada anggota berkenaan.
Trend terbaru hari ini ialah memuatnaik video kesalahan-kesalahan anggota polis didalam media sosial.Penulis percaya anggota polis kali ini lebih matang dan tidak melayan provokasi murahan pesalah traffik kerana penulis yakin mereka sedar aksi mereka sedang dirakam oleh camera yang tersorok.
Apapun tahniah kepada anggota berkenaan kerana menolak rasuah dengan cara tersendiri dan ia pasti menjadi pengajaran kepada semua pihak bahawa maruah anggota Polis tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment