Dalam satu pertemuan eksklusif dengan FMT, Norfitri Osda Radius, 42 yang pernah mengasuh Muhammad Firdaus selama lebih kurang lapan tahun, tidak dapat mengawal perasaan dan menangis apabila menceritakan beliau dan Lolanopita, 40 dicemuh orang ramai di dalam media sosial.
Norfitri berkata Lolanopita merupakan rakan karib beliau.
Sebelum Norfitri berpindah ke Gemencheh mengikuti suaminya pada tahun 2012, sememangnya Muhammad Firdaus dan adik tirinya ditinggalkan dengan Norfitri apabila Lolanopita pergi bekerja.
Norfitri menceritakan bagaimana pada pertengahan bulan Mei lepas Lolanopita ada menghubungi Norfitri dan meluahkan perasaan.
“Dua minggu sebelum cuti sekolah, Lola (Lolanopita) ada telefon saya. Lola tanya saya, boleh tak saya menjaga abang (Muhammad Firdaus), sekiranya terjadi apa-apa pada dia.
“Saya tanya kenapa? Lola kata dia sering sakit kepala dan tak tahan.
“Lola juga kata kepala dia dah hampir botak kerana keguguran rambut.
“Saya tidak tahu apa masalah kesihatan Lola.
“Saya merayu orang ramai berhenti dari terus mengutuk Lola dan biarkan pihak polis menjalankan siasatan terlebih dahulu.
“Selama saya mengenali Lola belasan tahun, dia seorang penyayang. Kali terakhir saya jumpa Muhammad Firdaus pada Jun tahun lepas pun, dia dalam keadaan baik.
“Cuma saya tidak tahu apa yang terjadi selepas itu sehingga Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan mendukacitakan,” kata Norfitri.
Norfitri berkata beliau juga turut dicemuh terutama dalam laman sosial.
“Orang kata saya mencari publisiti murahan.
“Untuk apa saya cari publisiti? Saya bukan artis.
Sebelum ini kenapa mereka tidak ambil berat?
“Semasa saya mengasuh Muhammad Firdaus, saya pernah berikhtiar mendapatkan rawatan perubatan tradisional termasuk membawa Muhammad Firdaus ke pantai Port Dickson, untuk rawatan terapi cara tradisional.
“Setiap kali hari jadi Muhammad Firdaus, saya tidak lupa menyambutnya dengan anak-anak jiran dari taman perumahan itu (ketika mengasuh Muhammad Firdaus dulu).
“Kalau beli barang makanan pun, saya akan belikan untuk Muhammad Firdaus juga.
“Semalam ada orang dari taman perumahan Lola datang dan mengaku sebagai wakil penduduk dan memarahi saya. Katanya saya bersekongkol dengan Lola dan mengabaikan Muhammad Firdaus.
“Saya tanya balik pada dia, sebelum ini mana dia?
“Selama ini kenapa dia tidak ambil berat tentang Muhammad Firdaus?
“Selama ini kenapa dia tidak menjenguk rumah Lola?
“Mereka hanya pandai menghukum tanpa selidik apa sebenarnya masalah yang berlaku,” katanya.
Norfitri sendiri mempunyai lima orang anak berusia dari 2 tahun hingga 22 tahun.
Muhammad Firdaus rapat dengan Norfitri
Semasa tinjauan FMT di wad kanak-kanak Hospital Tuanku Jaafar, Seremban selama dua hari, mendapati Muhammad Firdaus sememangnya begitu rapat dengan Norfitri dan mahu bermanja dengan Norfitri.
Apabila Norfitri merapatkan dirinya, Muhammad Firdaus suka mencium pipi Norfitri.
Sabtu lepas Jabatan Imigresen Negeri Sembilan ketika menjalankan operasi memburu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), menjumpai Muhammad Firdaus dalam keadaan kekurangan zat makanan dan dalam bilik yang kotor dipenuhi najis dan air kencing.
Remaja lelaki berusia 15 tahun itu ditemui di salah sebuah Rumah Pangsa Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan.
Walaubagaimanapun keadaan remaja itu kini jauh lebih baik selepas ditempatkan untuk pemeriksaan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Ibu remaja itu kini ditahan reman polis dan tempoh tahanan reman telah dilanjutkan sehingga hari Sabtu ini.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment