ONEXOX
BannerFans.com

Viva kini serendah RM22 000, Tanya Tun tiga batu boleh rosak tak?

on Tuesday, June 17, 2014

Bekas PM Tun Mahathir sebelum ini berkata;

“Proton perlu membuat keuntungan. Jika pengguna mahukan kereta murah, Proton akan mengeluarkan kereta murah. Ia bergerak tiga batu dan rosak.”

Terkini Perodua mengurangkan harga di atas jalan bagi semua varian model Viva keluarannya sehingga RM5,300 bagi memberikan lebih nilai kepada pelanggannya.

Model Viva AM6BXD kini berharga RM22,000 (selepas pengurangan RM3,000) dan Viva AM1EZD RM36,800 (selepas pengurangan RM4,500) manakala model Viva AM8EXD, AM1BZD dan AM1GXD pula masing-masing berharga RM27,900, RM29,900 dan RM32,900 selepas harga jualannya dikurangkan sebanyak RM5,300.

Syabas kepada Perodua kerana mengurangkannya. Jangan pula harga kurang banyak pula barang yang dikurangkan.

Pembeli terdahulu tentu sedikit “sakit hati” dengan pengurangan tersebut. Lebih-lebih sakit hati kalau baru minggu lepas dibelinya Viva idamannya.

Tanya juga kepada Tun, agak-agak dah jalan tiga batu boleh rosak tak kalau dah murah!!



Sumber









PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved