Pada awalnya, mangsa tinggal bersama dengan majikannya, akan tetapi 2 bulan kemudian dia diminta berpindah ke asrama company (rumah kedai) yang terletak di Taman OUG.
Apabila sampai di asrama tersebut, mangsa mendapati dia terpaksa berkongsi bilik dengan 2 orang lelaki bangla. Bertambah buruk pula, penghuni asrama terbabit semuanya lelaki bangla.
Mangsa cuba meminta sebuah bilik untuk dirinya tetapi ditolak. Seminggu kemudian, mangsa dirogol oleh salah seorang rakan sebiliknya.
Mangsa melaporkan kejadian itu pada majikan dan merayu agar dia dipindahkan ke tempat lain tetapi tidak diendahkan. Sebaliknya, majikannya memberitahu jika dia tidak suka tinggal di tempat itu, dia kena cari tempat tinggal sendiri.
Mangsa yang berasal dari keluarga yang susah. Pendapatan kerjanya pula tidak seberapa. Dia tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk membayar sewa bilik sendiri. Akhirnya dia terpaksa tinggal di situ juga. Mangsa juga mengakui dia malu nak memberitahu kejadian malang itu kepada keluarganya.
Sebulan kemudian, mangsa dirogol sekali lagi oleh lelaki yang sama. Seminggu kemudian mangsa mendapati dirinya mengandung.
Mangsa akhirnya menceritakan kejadian malang yang menimpa dirinya itu kepada rakannya dan membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields pada 22 May.
Polis telah menahan lelaki bangla tersebut namun telah diikat jamin oleh majikannya. Sejak dari itu, tiada sebarang tindakan dari pihak polis dan mangsa tidak dibawah pun untuk medical check up untuk mengesahkan dia mengandung.
Lebih teruk lagi, dia diugut oleh majikannya kerana membuat laporan palsu. Mangsa kemudiannya mendapati, polis telah menutup kes terbabit selepas mendengar penjelasan dari pihak majikannya dan rakan sebiliknya mendedahkan kepada pihak polis bahawa lelaki yang merogolnya itu adalah teman lelakinya.
Mangsa menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment