ONEXOX
BannerFans.com

Wanita OKU Pula Ditemui Dikurung Bawah Rumah Lebih 10 Tahun !

on Friday, June 27, 2014

Tumpat - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 30-an yang dipercayai dikurung lebih 10 tahun di bawah rumah, diselamatkan anggota polis bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Kampung Pasir Pekan Hulu, di sini, petang tadi.

Serbuan ke rumah itu dilakukan kira-kira jam 3.30 petang selepas polis dan JKM mendapat maklumat daripada penduduk kampung terbabit.

Wanita terbabit ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak terurus selepas dikurung dalam sebuah bilik konkrit di bawah rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Superintendan Zaharuddin Rasip berkata, keluarga mangsa akan dipanggil untuk diambil keterangan.

"Berdasarkan maklumat, ibu bapa OKU ini Sudah meninggal dunia dan dia dijaga abangnya. Ketika serbuan, tiada ahli keluarga berada di situ," katanya.



Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved