ONEXOX
BannerFans.com

Azizulhasni Pakai Sarung Tangan ' SAVE GAZA' di Sukan Komanwel (4 Gambar)

on Thursday, July 24, 2014



Memang TERBAIKK!!, itulah ungkapan yang paling tepat untuk ditujukan kepada pelumba basikal Malaysia Azizulhasni Awang apabila memakai sarung tangan "Selamatkan Gaza" di velodrom Glasgow semalam.

Semalam ketika menyertai perlumbaan sprint lelaki, Azizul memakai sarung tangan tertera perkataan "Save" pada sebelah tangannya manakala pada sebelah lagi "Gaza".



Azizulhasni Pakai Sarung Tangan ' SAVE GAZA' di Sukan Komanwel

Ia dirakamkan oleh kamera selepas perlumbaan yang membawanya ke pusingan suku akhir. Beraksi di Velodrom Sir Chris Hoy, Glasgow, Azizulhasni tenang melintasi garisan penamat di tempat ketujuh daripada 12 peserta dalam pusingan kelayakan dengan catatan masa 10.158 saat.

Tetapi berita tidak enak didengari, pelumba tersebut bakal berdepan tindakan disiplin oleh jawatankuasa Sukan Komanwel apabila memakai sarung tangan "Selamatkan Gaza" di velodrom Glasgow semalam.



Bagaimanapun Persekutuan Sukan Komanwel yang tidak mahu sukan itu dimasukkan unsur politik memberitahu The Associated Press, mereka akan menghubungi ketua delegasi Malaysia untuk membincangkan kejadian itu dan mengambil tindakan, lapor CTVNews, laman web dari Kanada.



Tindakan itu mungkin memberikan amaran kepada Azizul atau dia boleh dihalang daripada menyertai perlumbaan seterusnya.

P/s : Semoga beliau tidak akan dikenakan apa-apa hukuman dan boleh beraksi seperti biasa. SYABAS!!

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved