Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dilanggar sebuah van di Jalan Bukit Sekilau, Kuantan petang semalam.
Mangsa, Muhammad Haikal Khamram, 5, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa dikatakan ke sebuah pasar raya bersama ibunya. Bagaimanapun, mangsa telah keluar tanpa pengetahuan ibunya lalu cuba melintas jalan di depan pasar raya itu. Pada masa yang sama, van terbabit yang datang dari arah Jalan Bukit Sekilau telah melanggar mangsa.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.
P/s : Awasi anak anda sebaiknya...
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment