Visual berdurasi 20 saat itu menggambarkan situasi sebenar pesawat ketika ditembak dan menyebabkan enjin pada sayap kiri pesawat Mh17 terbakar dan menjunam ke daratan.
Dalam paparan visual berkenaan juga, CNN mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Amerika Syarikat (AS) menyimpulkan pesawat berkenaan ditembak sehingga jatuh ke permukaan bumi.
Sementara itu, Malaysia Airlines (MAS) menjelaskan pesawat berkenaan membawa seramai 298 orang penumpang termasuk 15 anak kapal.
Pesawat Boeing 777 itu terhempas di timur Ukraine, berhampiran sempadan Rusia semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
MAS sebelum itu memaklumkan pesawat berkenaan hanya membawa 285 penumpang, termasuk tiga bayi, pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warga Malaysia.
Syarikat penerbangan itu menyenaraikan jumlah penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu Belanda 154; Malaysia 43 (termasuk 15 anak kapal dan dua bayi); Australia, 27; Indonesia, 12 (termasuk seorang bayi); United Kingdom, sembilan; Jerman, empat; Belgium, empat; Filipina, tiga; Kanada, satu; dan yang tidak disahkan 41.
Menurut Malaysia Airlines, syarikat itu sedang dalam proses memaklumkan waris terdekat penumpang dan anak kapal, lapor ABN News.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment