ONEXOX
BannerFans.com

DBKL jangan zalim, tanggalkan besi di bangku awam

on Thursday, July 24, 2014

KUALA LUMPUR, 23 JUL: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu membuang sikap tidak berhati perut dan segera menanggalkan besi penghadang yang dipasang pada bangku awam untuk menghalang golongan gelandangan untuk tidur.

Gambar-gambar yang tersebar di laman media sosial Facebook dan Twitter semenjak semalam menunjukkan bangku di ruang pejalan kaki, dipercayai di Jalan Tuanku Abdul Rahman, telah dipasang besi pengadang bagi menghalang sesiapa daripada berbaring di atasnya.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng menyifatkan langkah tersebut sebagai tidak berhati perut, menunjukkan kezaliman DBKL dalam menangani warga yang kurang bernasib baik dan hidup di jalanan di ibu kota.

“Saya tidak pernah menyangka senario menyayat hati ini akan terjadi di Kuala Lumpur.

“Malah ini berlaku pada bulan Ramadan, dengan hanya seminggu lagi sebelum Syawal.

“Pihak berkuasa seharusnya melakukan kebaikan. Manusia jenis apa yang sanggup buat begini kepada fakir miskin di bulan umat Islam berkejar-kejar berbuat kebaikan?” katanya dalam satu kenyataan.

Tindakan itu dilihat sebagai serangan terbaru DBKL terhadap golongan gelandangan, selepas Menteri Wilayah Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengharamkan kegiatan pengagihan makanan percuma dalam jarak dua kilometer dari pusat bandaraya, berkuatkuasa selepas Hari raya Aidil Fitri ini.

Lawatan Najib lihat gelandangan sia-sia

Setiausaha DAP Kuala Lumpur itu turut menyatakan kekecewaan memandangkan kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke jalanan sebelum ini gagal membawa apa-apa perubahan kepada kehidupan golongan itu.

“Saya sangkakan kunjungan itu membawa berita gembira kepada warga miskin kota. Hakikatnya mereka tetap tidur di jalanan, malah tidak diberi sehelai selimut pun oleh rombongan Najib itu,” katanya

Lip Eng menambah, langkah DBKL berlawanan dengan sikap pentadbir kota Vancouver, Kanada, yang mewujudkan bangku dengan bahagian penyandar boleh diubahsuai sebagai bumbung untuk menghalang hujan bagi kemudahan para gelandangan.

“Sewajarnya mereka mencontohi bagaimana Kanada melayani warga gelandangannya, tanpa melayan mereka seperti sampah. DBKL perlu menanggalkan besi-besi tersebut serta-merta,” katanya lagi.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved