ONEXOX
BannerFans.com

Dr Asri tegur pengurusan pusat zakat

on Tuesday, July 22, 2014



Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba ada si miskin kita terpaksa merintih simpati daripada pihak lain termasuk gereja,” katanya.

KUALA LUMPUR, 21 Julai: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur peranan pusat pengurusan zakat yang dianggap sudah hilang fungsi dan peranannya yang sebenar.

Menerusi blog dan akaun Facebooknya, Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA berkata, beliau tidak menafikan usaha baik yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan zakat selama ini.

Bagaimanapun beliau mendakwa, berlaku kepincangan di dalam pusat zakat apabila terdapat pegawainya sendiri yang bersifat materialistik dengan menunjukkan sikap berwajah manis di hadapan pembayar zakat dan akan berubah sebaliknya apabila yang datang adalah pemohon zakat.

“Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih 1.5 bilion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji mereka yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi.

“Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba ada si miskin kita terpaksa merintih simpati daripada pihak lain termasuk gereja,” katanya.

Mohd Asri mendakwa, tidak ada semangat dakwah dan ukhuwah Islamiyyah dalam urusan zakat.

Beliau turut mempersoalkan urusan permohonan zakat yang terlalu sulit hingga membuatkan pemohonnya diibaratkan seperti peminta sedekah hingga menyebabkan ada di antara mereka yang berhak menerima zakat tidak sanggup untuk ke pejabat zakat.

“Apa tidaknya, jika seorang makcik yang sudah tua dan uzur disuruh mengisi borang yang pelbagai,” ujarnya.

Dengan mengambil contoh dari program rancangan terbitan sebuah syarikat televisyen swasta yang sanggup mencari orang miskin dan menyiarkannya di dalam rancangan tersebut.

Katanya, peranan seperti itu harus diambil oleh pusat zakat bagi mengesan mereka yang layak menerima bantuan kerana ia penting dan bukannya hanya sekadar menunggu mereka datang.

Ini kerana jelas beliau, tidak semua orang miskin sanggup untuk datang ke pejabat zakat mengadu masalah yang dihadapi.

“Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat.

“Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan Islam yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf.

“Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim juga akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam,” tegasnya.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

SAYA SOKONG 100% APA YANG DIUTARAKA DR MAZA. PEJABAT ZAKAT SEPATUTNYA DAH ADA MAKLUMAT SEMUA FAKIR MISKIN DIKAWASAN MASING-MASING.. MEREKA BOLEH BUAT BANCIAN SATIAP TAHUN UNTUK MEKEMAS KINI MAKLUMAT TERSEBUT. MEREKA KENALAH SELALU TURUN PADANG DAN MENJENGOK KAWASAN MASING-MASING. JANGAN DUDUK KAT KERUSI EMPUK DAN PEJABAT YANG BERHAWA DINGIN SAJA, YANG MANA GAJI LUMAYAN DAN FACILITI PEJABAT YANG CHANGIH DI BAYAI DUIT ZAKAT. MEREKA MESTI PROAKTIF SEPERTI DI MINTA UGAMA KITA YANG SUCHI. DENGAN MAKLUMAT LENKAP TERSEBUT, AGIHKAN ZAKAT MACAM MANA WANG BR1M DIAGIHKAN KEPADA RAKYAT YANG BERHAK MENERIMANYA. KALU TIDAK KITA TAK PAYAH BAYAR ZAKAT KAT PEJABAT ZAKAT. KITA TERUS SAJA SALURKAN ZAKAT KEPADA FAKIR MISKIN YANG BERHAK.

PEJABAT ZAKAT JUGA TAK PAYAH SEDAIA INSENTIF ATAU CENDERAHATI SEPERI KALENDER ATAU DAIRY KEPADA PEMBAYAR ZAKAT. MEREKA BAYAR ZAKAT KERANA KEWAJIPAN DAN DENGAN IKHLAS. DUIT MENYEDIAKAN CENDERAHATI LEBEH BAIK DIAGIHKAN KEPADA FAKIR MISKIN YANG MEMERLUKAN BATUAN.


July 22, 2014 at 8:42 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved