ONEXOX
BannerFans.com

Gambar dan kisah romantik Fizo Omar & Mawar Abdul Karim

on Thursday, July 24, 2014

Pasangan sensasi yang berkahwin pada November tahun lalu, Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim sering menjadi perhatian peminat gara-gara beberapa siri kontroversi yang melanda syarikat tudung fareeda milik keluarga Mawar Abdul Karim.

Begitupun, mereka tidak terlalu mengambil pusing akan hal itu kerana lebih suka mengambil sikap berdiam diri sehingga semua kontroversi reda dengan sendirinya. Ini membuktikan kepada peminat bahawa Mawar mempunyai sisi kematangan yang jauh melangkau usianya yang kini baru mencecah 25 tahun.

Semalam, akhbar Harian Metro telah menyiarkan satu artikel yang berkongsi beberapa keping gambar romantik pasangan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim dan kisah kehidupan mereka berdua. Memang cukup menarik untuk dibaca buat peminat setia dan juga haters.

Perkongsian itu telah dimuatnaik oleh Fizo di laman Instagram peribadinya sambil disertakan dengan kapsyen demikian "#19JULY #rap #harianmetro tq so much to harian metro and @slenfadzil for the nice cover n story #fizomawar . Siap ade name tudung 'harian metro' lg...hehehehe. Tq to syanty octavia as well."

Sesiapa ingin membaca perkongsian tersebut, korang boleh masuk ke laman web Harian Metro. Pasti ramai akan teruja nanti.





Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved