ONEXOX
BannerFans.com

JANTAN BERTUAH: Kembar Siam Jatuh Cinta Dengan Lelaki Yang Sama

on Saturday, July 5, 2014

Selepas mengharungi perit getir hidup bersama tanpa merasai keindahan percintaan, kembar siam yang dikenali Ganga dan Jamuna Mondal akhirnya jatuh cinta dengan lelaki yang sama.

Kembar siam yang kini berusia 45 tahun itu terkenal dengan gelaran adik-beradik labah-labah hidup sebatang kara sepanjang hidup kerana masyarakat tidak dapat menerima penampilan luar biasa mereka.

Bagaimanapun, selepas bertemu dengan pemuda yang baik iaitu Jasimuddin Ahmad kehidupan mereka menjadi lebih indah daripada sebelum ini.

“Ia cinta pandang pertama. Apabila bertemu dengan Jasimuddin, kami dapat merasakan dia akan menyayangi kami dan dia ikhlas,” kata Jamuna.

“Dulu, kami menderita dan tidak mahu menempuh kehidupan seperti itu lagi. Kami berharap dapat menghabiskan sepanjang hidup kami bersamanya,” tambahnya lagi.

Kembar itu dilahirkan dengan empat tangan dan mempunyai tiga kaki. Mereka juga yang berkongsi perut tetapi mempunyai jantung, buah pinggang dan hati berlainan dilahirkan dalam keluarga daif berhampiran Kolkata.

Malangnya ibu bapa kembar siam itu tidak mampu membayar kos perubatan lalu meninggalkan mereka ketika usia baru mencecah remaja kerana menganggap kehadiran mereka petanda dilaknat Tuhan.

Dek kerana tiada pendidikan, Jamuna dan Ganga menyara hidup dengan menyertai sarkas malah memperoleh pendapatan boleh dianggap lumayan sebanyak £25 (RM140) sehari.

Pasangan itu pernah cuba melakukan pembedahan, namun menolak idea itu kerana khuatir membahayakan nyawa dan mengakibatkan hilang sumber pendapatan.

Apabila ditanya mengenai hubungan kelamin, Ganga dan Jamuna tidak mengulas lanjut namun mengakui hubungan mereka dengan Jasimuddin intim.

Jasimuddin dan dua kekasihnya itu hidup bersama sejak tujuh bulan lalu. Mereka bertiga menolak untuk berkahwin kerana menganggap tidak dapat diterima masyarakat.



Sumber












PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved