ONEXOX
BannerFans.com

KJ KINI DAH BERGELAR ‘KOLONEL KHAIRY JAMALUDDIN’

on Tuesday, July 1, 2014

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron adalah antara lima orang yang dipakaikan pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Kehormat Askar Wataniah.

Khairy dipakaikan pangkat sebagai Kolonel selepas melalui kursus pegawai dalam pasukan sukarela Askar Wataniah manakala Idris pula memakai pangkat Brig Jen (Kehormat).

Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Holdings Tan Sri Shahril Shamsuddin pula ditauliahkan pangkat Brig Jen (kehormat). Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Ketua Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar masing-masing dipakaikan pangkat Kolonel (kehormat).

Majlis pemakaian pangkat itu disempurnakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Kementerian Pertahanan (Kementah) di sini hari ini.

Kelima-lima mereka sebelum ini telah ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan pangkat masing-masing.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Hishammuddin berkata, kementeriannya melihat pasukan Askar Wataniah sebagai benteng kedua pertahanan negara.

“Ia amat bermakna apabila pemimpin dan bakal pemimpin negara turut tampil ke hadapan untuk mempertahankan maruah dan keselamatan Negara. Saya juga berharap anak muda kita dapat menyertai Askar Wataniah dalam menyemarakkan pasukan itu,” katanya.

Beliau berkata sejak Askar Wataniah diwujudkan, pasukan itu telah menempuh pelbagai laluan berliku seiring dengan Angkatan Tetap dalam menghadapi ancaman luar.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin juga akan melawat pasukan Batlion Malaysia (Malbatt) 850-1 yang sedang menjalankan tugas di Selatan Lebanon di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Pasukan Interim PBB di Lebanon (Unifil) pada pertengahan bulan ini.

“Lawatan pertama kali ini adalah bertujuan melihat keadaan dan keperluan pasukan keselamatan kita, selain memberi sokongan moral kepada anggota Malbatt yang berjauhan dengan keluarga terutamanya pada bulan Ramadan ini.

“Saya dijadualkan melawat lokasi penempatan pasukan Malbatt di Kem Marakah, Kem Tibnin dan Kem Simrock dan akan berbuka puasa bersama mereka,” katanya.

Pasukan Malbatt 850-1 ini disertai dengan kekuatan 850 orang dan turut disertai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) seramai 26 orang.



Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved