Kakak wanita tersebut, Zafirah Edwards telah berkongsi masalah tersebut pada laman Facebook beliau.
Zafirah menyatakan bahawa saudara perempuan beliau dipaksa meninggalkan kedai tersebut ketika diminta bekerja di bahagian peralatan sukan.
Dua orang pengurus kedai tersebut bercakap bahasa asing dengan salah seorang pekerja di situ sambil menunjukkan isyarat kepada tudung yang dipakai saudara Zafirah, kemudian diikuti pekerja tersebut meminta saudara Zafirah meninggalkan premis tersebut.
Saudara Zafirah diminta berhenti kerja kerana tudung beliau.
Namun apa yang membuatkan beliau berang adalah saudara beliau dipaksa keluar ikut pintu service dan seorang pegawai keselamatan mengawasi dan menggeledah beg beliau.
Post Facebook Zafirah telah memperoleh kira-kira 2,316 likes with 1,302 shares.
Pusat membeli belah tersebut telah memohon maaf kepada Zafirah dan saudara beliau menerusi e-mel namun perkara tersebut telah dibawa ke perhatian MP Zainal Sapari.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment