ONEXOX
BannerFans.com

Rosmah Tak Cakap 3 Hari Dengan Najib Kerana MH17

on Thursday, July 24, 2014

Insiden nahas pesawat MH17 yang berlaku pada 17 Julai yang lepas telah membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sentiasa sibuk dengan perkembangan terkini mengenainya.

Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu, isteri kepada Najib Tun Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor tidak bercakap dengannya selama tiga hari.

Bukan kerana salah faham atau bergaduh sebaliknya dia tidak mahu mengganggu suaminya yang sedang sibuk mengendalikan isu berat tersebut.

“Tiga hari saya tidak bercakap dengan suami sejak kejadian MH17. Beliau lalu tepi saya pun ,beliau tidak tegur saya. Tak mengapa, saya faham jadi pemimpin negara ini bukan senang.

Ramai yang cakap dengan saya, Tuhan tidak akan uji seseorang itu jika dia tidak mampu menggalasnya. Saya cakap ini bukan kerana saya isteri Perdana tetapi naluri sebagai seorang wanita,” katanya.

Mungkin pengorbanan itu cukup berbaloi kerana berkat kesungguhan Najib, Malaysia berjaya memperoleh kotak hitam pesawat tersebut selepas berunding dengan ketua pemimpin pemisah iaitu Alexander Borodai.

Selain itu, mereka juga turut bersetuju untuk mengeluarkan mayat-mayat mangsa pesawat dan membuka laluan bagi kemasukan penyiasat bebas antarabangsa ke lokasi.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved