ONEXOX
BannerFans.com

ADI FASHLA TERKEJUT TUDUHAN TAK BETUL KEMALANGAN DI BENTONG

on Monday, August 18, 2014

PETALING JAYA: Penyampai radio Era FM iaitu Adi Fashla terkejut apabila timbul pelbagai andaian dan tuduhan tidak betul mengenai kejadian kemalangan melibatkannya di Lebuhraya Karak, Bentong pada Ahad lalu.

Adi atau nama sebenarnya Adi Fashla Jurami, 36, berkata, ada yang membuat andaian kononnya dia menunggang motosikal berkuasa tinggi iaitu BMW HP4 terlalu laju sehingga melanggar kereta lain dan ada juga mengatakan kejadian itu merupakan balasan buat Adi kerana mengambil cuti sakit pada ketika itu.

"Macam-macam versi saya dengar tentang insiden kemalangan semalam (Ahad). Biarlah, yang penting saya dan rakan-rakan tahu kejadian itu.

"Sedangkan saya sebenarnya jatuh sendiri ketika melalui selekoh di Kilometer 47 Lebuhraya Karak arah Kuantan dan terus melanggar penghadang jalan. Bukannya melanggar mana-mana kereta pun.

"Ketika itu saya mahu ke Taman Rekreasi Lentang, Pahang tetapi lain pula cerita yang didengar kononnya saya ambil cuti sakit kerana mahu menunggang motosikal bersama rakan-rakan," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.

Adi terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 47 Lebuhraya Karak arah Kuantan kira-kira pukul 10 pagi pada Ahad lalu selepas gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke kiri jalan.

Insiden tersebut membuatkan bahu dan jari pada bahagian kirinya retak teruk. Dia kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Damansara di sini dan dibenarkan keluar wad pada Selasa (hari ini).

Sementara itu, Adi berkata, walaupun insiden kemalangan itu amat menyakitkan, namun ia tidak pernah membuatkan dia serik untuk menunggang motosikal yang baharu dibelinya pada Mac lalu.

"Setakat ini saya belum serik atau trauma untuk menunggang. Ia sudah menjadi sebahagian daripada hobi saya. Malah saya lebih risaukan motosikal itu kerana ia mungkin rosak teruk.

"Cuma apa yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya supaya saya lebih berhati-hati apabila menunggang. Terutamanya selepas hujan kerana waktu itu jalan raya agak licin," ujarnya.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved