ONEXOX
BannerFans.com

AIR DARI SESETENGAH 'VENDING MACHINE' ADA BAKTERIA BAHAYA- KAJIAN

on Monday, August 18, 2014

PETALING JAYA: Air yang dibeli dari 'vending machine' mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh The Star bersama Forum Air Malaysia, 29 sampel air telah diambil daripada mesin tersebut di seluruh Lembah Klang - dan hampir semua telah tercemar.

Terdapat bakteria berbahaya seperti E. coli, koliform dan Clostridium perfringens - jenis yang sama bakteria terdapat di dalam kumbahan yang tidak dirawat.

Koliform dan Clostridium perfringens juga bakteria sama terdapat dalam najis manusia dan haiwan.

Bakteria ini boleh menyebabkan kekejangan, cirit-birit dan masalah pencernaan yang lain.

Di bawah Akta Keselamatan Air Minuman Malaysia, sepatutnya tidak ada apa-apa kesan koliform atau E. coli dalam air minuman.

Kementerian telah meminta keputusan ujian air penuh selepas dimaklumkan oleh The Star.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved