Menurut Rozana, Awie telah memaklumkan kepada Rozana yang perkahwinan mereka sudah didaftarkan. Namun perkara sebenar terbongkar selepas Rozana mendapatkan khidmat kaunseling Jawi selepas tragedi 2 Jun lalu.
Kata Rozana:-
Selepas tragedi 2 Jun lalu saya pergi ke Jawi dengan niat untuk mendapatkan khidmat kaunseling berhubung masalah rumah tangga kami dan apabila mereka semak surat perkahwinan kami di setiap negeri, ia tiada dalam rekod. Pada ketika itulah baharu saya mengetahui perkahwinan kami masih belum didaftarkan sepanjang sembilan tahun berkahwin.
Kami belum pun bercerai dan dia sudah sibuk dengan soal hak penjagaan anak-anak kami sedangkan status perkahwinan pun belum disahkan dan didaftarkan di Malaysia. Saya sendiri tidak merebut anak-anak dengan dia tetapi dia yang membuat permohonan malah aduan yang saya lakukan sebelum ini langsung tidak melibatkan mahkamah syariah.
Saya akui sebelum ini saya takut dan trauma dengan dia tetapi kini tidak lagi kerana saya akan melawan kembali untuk mendapatkan hak saya selepas dua bulan tidak bertemu dengan anak-anak.
Rozana juga sempat memberi komen mengenai pelbagai cerita yang tidak sedap didengar mengenai dirinya yang bertebaran di Internet sejak kebelakangan ini.
Kata Rozana:-
Tidak mengapa jika ada pihak yang ingin memburuk-burukkan saya dan kalau hendak balas setiap tuduhan itu memang susah dan Awie sendiri tahu bagaimana hubungan saya dengan anak-anak dan saya sememangnya tidak pernah meninggalkan mereka.
Apa yang boleh saya katakan sekiranya seseorang tidak tahu situasi dan keadaan sebenar lebih baik jangan beri pendapat atau komen kerana hanya saya dan keluarga sahaja yang tahu cerita sebenar
Pastinya kes mahkamah yang sedang berjalan antara Awie dan Rozana akan bertambah rumit kerana tiada bukti pendaftaran nikah mereka. Sama-samalah kita harapkan ada jalan penyelesaian terbaik buat semua pihak. Jangan sampai anak-anak teraniaya sudahlah. Apa jua keputusan yang ingin dilakukan, fikirkanlah masa depan anak-anak yang tercinta. Info asal Mstar Online.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment