ONEXOX
BannerFans.com

Ice Bucket Challenge Bertukar Jadi Mimpi Ngeri

on Wednesday, August 27, 2014

Ice Bucket Challenge yang diadakan untuk menyedarkan orang ramai mengenai penyakit gangguan saraf atau Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) telah menjadi mimpi ngeri bagi seorang lelaki.

Lelaki berkenaan telah mengalami kecederaan selepas rakan-rakannya menggunakan sebuah pesawat ringan bagi menjatuhkan kira-kira 400 gelen air ke atasnya.

Kemudian, dia dibawa ke hospital kerana bimbang mengalami kecederaan dalaman namun mujurlah doktor mengesahkan lelaki pertengahan usia itu hanya mengalami cedera ringan.

Mangsa dikejutkan dengan rakannya yang memang seorang juruterbang apabila mereka mengatur untuk melakukan aksi Ice Bucket Challenge ini dengan cara lain.

“Rakannya memandu pesawat itu yang digunakan untuk memadamkan kebakaran hutan dan telah menggugurkannya air ke atas rakan mereka,” katanya.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved