Kos pampasan memberhentikan mereka adalah sebanyak RM1.9 bilion. Keseluruhan operasi menyemat MAS daripada menjadi muflis akan menelan belanja RM6 bilion.
Pengurangan bilangan kakitangan bukanlah perkara baru atau cetusan minda kelas dunia.
Sejak zaman MAS di bawah pemilikan swasta lagi (1994-2002) ia mencadangkan untuk mengurangkan kakitangan seramai antara 5,000 hingga 8,000 orang tetapi tidak dipersetujui oleh kerajaan.
Sekarang apabila MAS sudah menjadi milik 100% kerajaan (melalui Khazanah Nasional Berhad) dan secara teorinya sudah “muflis” ia terpaksa melakukan yang lebih radikal kalau masih mahu diselamatkan.
Saya sudah banyak kali menyatakan pendirian mengenai MAS, iaitu:- 1. Bubarkan. 2. Jual kepada swasta. 3. Selamatkan, tetapi tanpa terus membebankan kewangan negara. 4. Lantik pengurusan antarabangsa yang telah terbukti dan 5. Hapuskan campur tangan kerajaan yang merugikan.
Untuk berhentikan pekerja saja sudah memerlukan RM1.9 bilion. Apa halnya dengan kos-kos lain. Wang sebanyak RM1.9 bilion itu hampir cukup untuk menaikkan taraf sistem pengairan MUDA di Kedah dan Perlis yang menampung lebih 100,000 isi rumah atau kegunaan awam lain yang memberikan faedah kepada lebih ramai orang.
Menyelamatkan MAS berulang kali ibarat menimbus perigi tanpa dasar. Bottomless pit, dalam bahasa Inggeris.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment