Melalui lisan PMNajib,beliau mengatakan,"ini bukan satu lagi projek menyelamat" tetapi satu pelaburan dari poket Khazanah dan beliau menjangkakan pulangan untung dalam masa 3 tahun menjelang tahun 2017.
Pemulihan MAS yang dinamakan "projek pelaburan" ini bakal menganggurkan hampir 2,000 pekerja MAS daripada jumlah keseluruhannya 6,000 orang.
Bagaimanapun PMNajib berharap MAS mengambil langkah belas ehsan dan berperikemanusiaan untuk staf MAS yang bakal diberhentikan.
Yang timbul satu persoalan yang tidak di sebut Najib semasa sidang media di Ibupejabat UMNO itu ialah tentang arak dan pakaian pramugari MAS.
Sepatutnya dalam soal pemulihan MAS selepas 2 tragedi MH,ianya perlu kembali kepada soal maruah,akhlak dan agama. Ianya bukan semata-mata fokas keuntungan semata-mata.
Mengapa begitu berat buat PMNajib untuk isytiharkan pengharaman arak dalam perut kapalterbang MAS dan keizinan buat pgramugari memakai pakaian menutup aurat?
Adakah kita mahu tunggu sebuah dua lagi tragedi MH berulang, baru kembali kepada agama?
Bukannya jika tiada arak dan pakaian seksi pragamugari,tragedi tidak berlaku.Ia berlaku dengan izin Allah Taala. Tetapi tentunya suasana berbeza.
Umpama bas Carlsberg berlanggar dengan bas jemaah haji Tabung Haji. Semua penumpang mati.Tentunya kesudahan hayat mereka berbeza !Agaknya anda mahu jadi penumpang mana?
Yang ini PMNajib tidak terfikir tetapi sekian lama telah terfikir oleh pilot dan krew MAS sebelum tragedi MH370 dan MH17.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment