16 Ogos 2014- Tiada menteri yang sanggup mengambil tanggungjawab akibat kegagalan UPU yang mengancam masa depan pelajar. Kadar pengambilan pelajar masuk ke IPTA semakin menurun. Apakah pihak kerajaan telah mengurangkan dana untuk pelajar yang layak memasuki IPTA?
Statistik telah menunjukkan pada sesi pengambilan tahun 2013-2014, seramai 68,702 pelajar telah memohon, daripada jumlah itu, seramai 57, 802 pelajar didapati layak tetapi hanya 41,573 pelajar yang diterima masuk ke IPTA.
Tetapi pada sesi pengambilan tahun 2014-2015, seramai 74,071 pelajar telah memohon, dan daripada jumlah itu seramai 67,388 pelajar yang layak.
Namun, hanya 37,467 pelajar yang berjaya menempatkan diri di IPTA.
Masalah ini berulang setiap tahun, dan ini membuktikan bahawa Unit Pusat Universiti (UPU) Kementerian Pendidikan telah gagal menjalankan proses pemilihan kemasukan IPTA dengan cekap dan telus.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/08/15/pkr-tubuh-portal-bimbang-semakin-ramai-tidak-berjaya-masuk-ipta/
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
banyak atau sikit yang masuk U bergantung kepada dasar dan polisi Universiti yang sedia ada...seperti USM sebagai Universiti APEX mengurangkan pengambilan pra-siswazah...tetapi meningkatkan pengambilan pelajar siswazah....
August 17, 2014 at 6:56 PM
Post a Comment