ONEXOX
BannerFans.com

Ngeri! Dua anggota polis dua dipenggal, dicacatkan di Semporna

on Tuesday, August 19, 2014

KOTA KINABALU - Enam anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac tahun lepas ditemui dalam keadaan mengerikan, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Pegawai Penyiasat Inspektor Jamirin Kintai, antara anggota pasukan yang bertanggungjawab mengeluarkan mayat anggota polis berkenaan dari Kampung Simunul, Semporna pada 6.45 petang pada 3 Mac tahun lepas, berkata dua daripada mangsa telah dipenggal dan dicacatkan.

"Sarjan Baharin Hamid dicacatkan dengan otak dan mata kanan hilang daripada tengkorak dan terdapat kelaran pada mukanya.

"Leher Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran pula telah dipenggal dan terdapat luka pada badan, kulit dan dagingnya. Mukanya telah dikoyakkan dan hanya kelihatan tulang muka," katanya.

Jamirin juga memberitahu mahkamah bahawa leher Lans Koperal Salam Togiran "hampir putus dengan kepalanya hanya melekat pada tubuhnya oleh beberapa inci kulit pada lehernya."

Kesan kelaran terdapat pada kepala dan badan Sarjan Abdul Aziz Sakiran dan Superintenden Ibrahim Lebar, manakala ASP Michael Padel mengalami kecederaan pada bahu dan dada, katanya.

Semasa pemeriksaan balas, Jamirin berkata beliau mendapati insiden melibatkan enam anggota polis itu ada kaitan dengan pencerobohan oleh kumpulan lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pada Februari tahun lepas.

Sementara itu, Pegawai Cawangan Khas Bukit Aman ASP Mohamad Hasnal Jamil memberitahu mahkamah bahawa tiga daripada tertuduh telah dinamakan dalam pintasan komunikasi dilakukan di Bukit Aman dari 14-17 Feb tahun lepas berhubung pencerobohan di Lahad Datu.

Beliau mengenal pasti tertuduh berkenaan sebagai Salib Akhmad Emali, Julham Rashid dan Al Wazir Osman alias Abdul.

Katanya lapan nombor telefon bimbit telah dipintas, dengan tiga nombor iaitu 019-5398122 digunakan Salib Akhmad; 012-8384472 digunakan Julham dan 014-6774272 digunakan individu dikenali sebagai 'Imam Tua' dan kemudiannya dikenal pasti sebagai Al Wazir, adalah paling aktif berkomunikasi dengan satu lagi nombor 014-2847213, digunakan oleh seseorang dikenali Raja Muda Agbimuddin.

"Bagaimana anda tahu nama-nama individu ini?" soal Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Wahab Mohamed.

Mohamad Hasnal: "Kami telah memantau komunikasi pengguna nombor berkenaan dan nama mereka disebut."

Pegawai Cawangan Khas itu memberitahu mahkamah beliau telah diarahkan oleh Allahyarham Ibrahim untuk terbang ke Lahad Datu pada 18 Febuari tahun lepas untuk menjalankan tugas pengawasan terhadap tiga individu itu selama seminggu bermula 19 Febuari.

Katanya pada 25 Feb tahun lepas, beliau memberi taklimat kepada pegawai polis Asisten Superintendan Noraidin Awang Maidin, di Balai Polis Tungku di Lahad Datu untuk menahan Salib Akhmad di Ladang Kelapa Sawit Abadi Emas di Tungku.

Pada 1 Mac tahun lepas, katanya beliau memberikan maklumat berkaitan di Balai Polis Semporna untuk menahan Julham di Kampung Pangkalan Badai, Kunak dan Al Wazir di Semporna.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

apa tindakan kerajaan terhadap isu lahad datu ni??nothing...klu rs2 tak boleh nk handle lbh baik letak jwtn je wahai menteri y sedia ada...isu dalam ngra pun xleh nak settle ni kan pula isu MH370 dan MH17 y melibatkan kuasa negara2 besar...


August 19, 2014 at 6:31 PM
Anonymous said...

Dah tu kau ke yg nk ganti jawatannye?
Ape yg kau pandai buat?
Pandai komen merapu ke? ...lagi useless!


August 19, 2014 at 7:10 PM
Anonymous said...

Kita sebagai rakyat hanya memberi komen. Mereka pihak kerajaan ada tanggungjawabnya. apa yang berlaku disebalik semua kes nie hanya Allah yang tahu. mereka buat tanggungjawab ke tidak, Allah yang tahu.


August 19, 2014 at 7:26 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved