ONEXOX
BannerFans.com

Pelik: Operator TNB Bercakap Dengan Cermin Setiap Hari

on Monday, August 18, 2014

Bercakap depan cermin. Mungkin suatu perbuatan pelik malah seseorang individu yang melakukannya akan dianggap kurang siuman namun bagi sesetengah individu, perbuatan itu menjadi aktiviti lumrah mereka.

Hakikatnya tidak ramai yang tahu bahawa perbuatan tersebut dipraktikkan kesemua operator di Tenaga Nasional Berhad (TNB) CareLine semasa berkomunikasi dengan pelanggan di talian yang rata-rata mempunyai seribu satu kerenah.

Setiap operator di TNB CareLine diberikan satu cermin bulat yang diletakkan di atas meja masing-masing untuk melihat diri sendiri semasa berinteraksi dengan pelanggan.

Berpengalaman selama 12 tahun di dalam kerjaya tersebut, wanita berasal dari utara tanah air, Nur Azian Aziz berkongsi saat manis sepanjang mengendalikan pelbagai aduan serta permasalahan pelanggan TNB.

Berkongsi rahsia bercakap depan cermin, Nur Azian berkata apabila sedang berkomunikasi dengan pelanggan di talian telefon, beliau dapat melihat mimik muka malah dapat membantu mengawal emosi.

Katanya, adanya cermin tersebut sedikit sebanyak membantu mengurangkan tekanan apabila berdepan dengan pelanggan yang panas baran. Kalau saya marah mereka, saya rasa seolah-olah saya marah diri saya sendiri kerana di dalam cermin tersebut nampak muka saya.

Beliau berkata, baru-baru ini seorang pelanggan TNB telah menghantar e-mel kepada pengurusnya menyatakan ucapan terima kasih kepada beliau yang pantas memberi respons kepada aduan.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved