Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya yang bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara itu selepas berasa amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.
Mohd hilmi berkata, sebagai umat islam secara keras membantah tindakan tidak berperikemanusiaan itu.
“Alhamdulillah saya rasa amat bersyukur majlis berjalan lancar dan bagi melahirkan kekesalan dan kesedihan serangan Israel ke atas Gaza dan sememangnya kita sebagai umat Islam kami sangat membantah dan mengeji tindakan Israel itu," ujar pengantin lelaki Mohd Hilmi Muslim.
Norfadhilah berkata, biarpun sekadar tanda protes dengan memijak bendera Israel namun, selayaknya negara pengganas itu mendapat penghinaan sewajarnya.
“Memang selayaknya diperlukan begitu dan selayaknya mereka dihina. Tidak sepatutnya sebagai sebuah negara yang besar sanggup menzalimi mereka yang ternyata tidak bersalah dan kami bersama mereka walaupun sekadar memijak bendera," tambah pengantin perempuan Norfadhilah Badroldin.
Pada majlis persandingan yang berlangsung kira-kira pukul 2 petang itu, kedua-dua mempelai dibawa berarak ke kediaman mereka di Kampung Umbai, Jasin.
Pasangan itu memijak dan membakar bendera Israel sebelum memasuki kawasan rumah mereka.
Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman tersebut untuk dipijak oleh hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis tersebut.
Tindakan memijak bendera itu merupakan simbolik yang menjelaskan Israel selayaknya diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain membangkitkan perasaan marah terhadap kekejaman rejim tersebut.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment