ONEXOX
BannerFans.com

"TAK SELFIE KETIKA BERTAFAKUR " - AZWAN ALI

on Wednesday, August 27, 2014

KUALA LUMPUR 26 OGOS 2014: Pelakon dan pengacara TV sensasi, Azwan Ali berkata dia tidak kenal siapa itu Sharnaaz Ahmad dan menegaskan dia tidak akan ambil peduli dengan komen negatifnya yang dibuat mengenai gambar selfienya di Dataran Merdeka baru-baru ini.

“Dia tu siapa? Dia ingat aku selfie masa tengah bertafakur ke? Tolong sikit kalau tak tahu apa-apa jangan cuba nak memandai-mandai, sah-sah aku selfie sebelum bertafakur, aku ada dekat dataran pada pukul 9 pagi ok! Sebelum bertafakur aku selfie untuk kenang-kenangan, yang dia sibuk apahal! katanya dihubungi Murai.

Kata Azwan sewaktu diminta mengulas kritikan aktor Sharnaaz Ahmad di Instagram sewaktu dia berselfie di Dataran Merdeka baru-baru ini.

Menurutnya lagi, Azwan tidak berkudis pun dengan komen yang dilontarkan pelakon itu dan menganggap dia seorang yang biadap dan terlalu mentah untuk memberi komen kepada dirinya.

“Aku dalam industri hiburan sudah 22 tahun, yang dia baru setahun jagung, lagipun aku tahu bila waktu yang sesuai nak berselfie, ramai yang ‘naik hantu’ sebab keliru dengan ‘caption’ gambar itu, hakikatnya aku tidak berselfe ketika negara sedang bertafakur,” katanya dengan panjang lebar.

Azwan juga telah bertanyakan pendapat kepada ulama mengenai gambar itu, dengan ringkas ulama itu membalas ialah yang penting adalah niat, kalau niat itu ikhlas dan baik, biar Allah S.W.T yang menilai bukan insan yang bergelar manusia.

“Ini Azwan Ali, memang aku ‘no border’ dengan komen-komen yang cuba jatuhkan nama aku, sudah biasa, yang penting peminat-peminat yang menyokong aku tahu diri aku yang sebenar,” kata Azwan mengakhiri perbualan.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved