ONEXOX
BannerFans.com

Takut ke sekolah gara-gara ‘like’ I love Israel

on Wednesday, August 13, 2014

Nibong Tebal: Tindakan seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Simpang Ampat di sini, menekan butang 'like' kepada I Love Israel di laman sosial Facebook bukan saja mencetuskan kontroversi di sekolah berkenaan, malah pelajar itu dikatakan takut untuk pergi ke sekolah selepas perbuatannya diketahui ramai.

Difahamkan, pelajar lelaki itu menekan butang like I Love Israel sebelum tindakannya itu mendatangkan rasa kurang puas hati dalam kalangan guru dan pelajar sekolahnya sehingga difahamkan ada yang mengancam serta mengugut pelajar berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis sudah memanggil pelajar berkenaan serta gurunya tengah hari kelmarin untuk diambil keterangan mengenai perkara berkenaan.

"Kami sudah memanggil pelajar itu bersama gurunya tengah hari semalam (kelmarin) selain akan memanggil beberapa individu lain dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 dan kami akan meneliti pelbagai sudut termasuk punca pelajar berkenaan berbuat demikian," katanya yang ditemui pada Majlis Hari Raya bersama Komuniti Seberang Perai Selatan (SPS) di Ibu Pejabat Polis Daerah SPS, malam kelmarin.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis negeri Datuk A Thaiveegan dan Ketua Polis Daerah SPS Asisten Komisioner Shafien Mamat.

Sementara itu, Shafien berkata, sehingga petang semalam pihaknya sudah memanggil empat individu membabitkan tiga pelajar dan seorang guru untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata, guru dan pelajar berkenaan dipanggil untuk diambil keterangan tengah hari kelmarin manakala dua lagi rakannya dipanggil untuk proses sama, semalam.

"Siasatan dilakukan membabitkan dua aspek iaitu mengapa pelajar berkenaan bertindak menyokong laman web itu yang mencetuskan perbalahan dan dakwaan berhubung ancaman serta ugutan yang diterimanya," katanya.

Beliau berkata, susulan itu, pelajar berkenaan bersama keluarganya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri selepas menerima kecaman serta ugutan.

Katanya, akaun Facebook pelajar berkenaan ditutup selepas kekecohan mengenai perkara itu berlaku.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved