ONEXOX
BannerFans.com

Terkini Isu MB Selangor Berikut Pandangan DR Maza Tentang Wanita Menjadi Pemimpin

on Friday, August 15, 2014

Saya tidak pernah kata setuju YB Wan Azizah jadi MB Selangor. Ada sebab lain untuk beliau tidak menjadi pilihan.Namun saya tidak setuju tafsiran sesetengah ustaz bahawa wanita tidak boleh jadi MB menurut Islam.Bahkan mereka kata dalam semua urusan.

Walaupun lelaki lebih afdal atas beberapa keadaan, namun mengharamkan wanita memegang jawatan menteri perlu dinilai semua.

Alasan mereka yang melarang ialah hadis Abu Bakrah:

لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمُ امْرَأَةً
"Tidak akan berjaya satu kaum yang melantik wanita mengurus urusan mereka" (Riwayat al-Bukhari dll)

Pertama: Hadis ini mempunyai sabab wurud (text and context) yang tersendiri seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari iaitu isu anak perempuan Kisra Parsi yang menjadi maharani. Maka hadis berkaitan dengannya.

Kedua: Rawi sahabi iaitu Abu Bakrah menggunakan hadis ini untuk menolak kepimpanan Aishah dalam isu membantah pembunuh Uthman di zaman pemerintahan 'Ali sedangkan sahabat yang lain yang lebih besar seperti Talhah bin Ubaidillah, al-Zubair Ibn al-'Awwam (keduanya antara sepuluh yang dijamin syurga) dan lain-lain tetap bersama 'Aishah dan tidak menjadikan hadis ini alasan. 'Ali juga tidak menggunakan hadis ini sebagai hujah beliau.

Ketiga: Jika hadis ini dianggap terpakai secara umumnya, wanita bukan sahaja tidak boleh jadi MB, bahkan pengetua, ketua pejabat, pengarah, exco, senator, menteri dan seumpamanya juga tidak boleh.

Keempat: Al-Quran dalam Surah al-Naml dalam penceritaannya memuji Ratu Saba yang disebut dalam riwayat yahudi ataupun israiliyyat dengan nama Balqis. Kebijaksaannya mengatasi menteri-menteri lelaki kabinet kerajaannya. Hasil kebijaksanaan itu membawanya beriman bersama Nabi Sulaiman a.s. Ia bukti kejayaan wanita.

Kelima: Walaupun ada perbincangan sanad (yang ada), namun para ulama besar dan banyak kitab-kitab tarajum sepanjang sejarah meriwayat athar bahawa 'Umar bin al-Khattab telah melantik Syifa binti 'Abdillah sebagai menteri yang mengurus pasar di zamannya.

Keenam: Banyak juga wanita dalam dunia ini menjadi pemimpin lebih baik dari sebahagian lelaki.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved